D-Life

Awkward jumpa orang baru? Ini benda yang korang jangan buat!

Oleh  | 

BENDA yang kita semua takut ialah untuk memulakan perbualan dengan stranger yang kita tak pernah kenal langsung sebelum ini. Mesti korang akan ada satu pemikiran di mana orang yang korang nak tegur akan abaikan korang. Semakin kita dewasa, semakin banyak orang asing yang kita akan jumpa untuk berurusan.

Bak kata orang, tanggapan pertama memang sangat penting. Sebab itu kita kena berhati-hati dengan apa yang kita cakap dan apa yang kita buat. Jom tengok sikit apakah tips itu.

Basa basi dulu

Kalau nak namanya orang baru, mesti kita akan berbasa-basi untuk memulakan percakapan. Tanyalah apa-apa yang basic dulu macam asal dari mana ataupun pekerjaan yang dilakukan. Jangan terus bertanya status perhubungan ataupun gaji dia. Benda yang terlalu personal ini selalunya buat orang tak selesa.

via GIPHY

Kawal sikit diri tu

Kalau tengah bercakap dengan orang baru, kena pandia jaga batas dan kawal diri. Janga buat yang kononnya korang tahu segalanya dan potong segala percakapan korang sampai dia pun malas nak bercakap dengan korang dah.

via GIPHY

Jangan terus kongsi masalah besar kita

Ha, jangan pula korang berani mati pergi cerita masalah korang dekat dia. Pertama kita tak pasti sama ada boleh percayakan dia atau tidak. Kedua, dia mesti terkejut nanti sampai tak tahu nak beri reaksi macam mana.

via GIPHY

“Baik tak saya?”

Orang yang baru kita jumpa akan memperhatikan dan menganalisa kita atas ke bawah bedasarkan kepada cara kita bercakap dan pergerakan kita. Jadi. soalan “baik tak saya” atau “apa pendapat awak tentang saya” sangat nak relevan nak diajukan. Nampak sangat korang tengah cari perhatian. Lepas itu dia tak tahu apa nak jawab bila korang tanya benda macam itu.

Jadi, bersikaplah sederhana dan biasanya sahaja. Kalau terlalu ramah pun korang akan buat dia juga rasa tak selesa. Pesanan sis, janganlah keterlaluan tau!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my