Serious?!

Aww, untungnya gadis ni bila abang grab ‘driver’ belanja juadah berbuka!

Oleh  | 

LAMAN Twitter sentiasa menjadi tempat warganet untuk berkongsi kisah-kisah menarik yang mereka lalui dalam kehidupan seharian mereka. Baru-baru ini sebuah tweet yang telah dimuat naik oleh pemilik nama @aqlhsyzwna telah menarik perhatian Dhia untuk dikongsikan kepada korang semua.

Menurut gadis yang bernama Nas ini, dia telah bertemu dengan seorang pemandu grab yang baik hati membawanya ke bazar Ramadan dan memberi juadah berbuka secara percuma kepada gadis itu.

Foto: Twitter

Mungkin keperibadian pemandu grab berbangsa cina itu telah meyakinkan gadis ini untuk menerima pelawaan pemandu grab tersebut untuk singgah ke bazar sebelum sampai ke destinasi yang ingin dituju. Wah, untung betul gadis ini tau. Zaman sekarang ni bukan mudah nak jumpa orang yang baik hati tanpa mempunyai niat yang tersembunyi lebih-lebih lagi stranger kan?

Menurut gadis itu di tweet miliknya, jejaka berbangsa cina itu memberi semua juadah yang dibelinya di bazar kepada gadis itu dan terus menghantar gadis itu destinasi yang ingin dituju.

Foto: Twitter

Bila dah kongsikan perkara seperti ini di laman Twitter, korang perlu bersiap sedialah untuk menerima respon yang pelbagai daripada warga netizen. Boleh jadi mereka menyukai perkara yang korang kongsikan, boleh jadi juga mereka mencari ruang untuk mengecam tindakan korang tu. Untuk mengelak daripada dikecam netizen, gadis ini juga menerangkan yang dia tiba di rumah dalam keadaan yang selamat dan pemandu grab tersebut ternyata mempunyai hati yang baik tanpa niat yang tersembunyi.

Foto: Twitter

Biasalah netizen, mesti akan cari ruang untuk mengecam!

Netizen being netizen. Walaupun gadis ini memberitahu yang dia telah selamat tiba di rumah, namun ada juga yang tetap mengecam tindakan pemandu grab itu berbuat baik. Kata mereka pemandu grab tersebut mempunyai niat tersembunyi lah, nak mengorat lah apa lah. Alamak, kenapa bitter sangat uolls?

Foto: Twitter

Foto: Twitter

Janganlah terlalu negatif ye lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini. Kurang pahala puasa korang tau. Anggap sahajalah gadis ini bernasib baik kerana dipertemukan dengan pemandu grab yang betul-betul ikhlas ingin membantunya.

Namun Dhia nak ingatkan korang juga, walaupun kita perlu bersangka baik kepada semua orang, kita perlu ada rasa untuk berhati-hati dengan orang sekeliling lebih-lebih lagi orang yang baru dikenali. Zaman sekarang ni kita tak boleh nilai orang melalui rupa paras sahaja. Hati belum tahu lagi. Kan?

So buat baik berpada-pada, kalau boleh tak perlulah berbuat jahat okay? 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my