D-Life

“Ayah, this is the last thing ayah tinggai untuk adik,”- Nota dari ayah bikin netizen sebak

Oleh  | 

SIAPA tak sayang ayah. Ayah je lelaki yang mampu menatang kita bagai minyak yang penuh untuk memastikan kita membesar dengan sempurna. Tak ada lelaki yang dapat menandingi kasih sayang seorang ayah.

Selepas berkongsi surat dari seorang kanak-kanak kepada ayahnya yang sakit, kali ini Dhia nak kongsi dengan korang satu tweet dari seorang pengguna twitter yang bernama @lyaa_redzwan. Gadis ini memuat naik sekeping gambar tentang sekeping nota yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya sebelum meninggal dunia. 

FOTO : twitter

Menurut gambar yang dikongsi oleh gadis ini, ayahnya telah menulis nota kepada ibunya supaya mengambil gadis itu pada pukul 5.30. Apa yang menyedihkan, walaupun ayah gadis itu berada dalam keadaan sakit dan tidak boleh bercakap, dia tetap mengingati anaknya. Dhia pun sebak bila baca nota ini.

Ternyata tweet ini mendapat respon yang banyak daripada netizen. Masing-masing melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap gadis ini.

FOTO: Twitter

Ada juga beberapa netizen yang mengambil peluang berkongsi kisah mereka yang mempunyai nasib yang sama dengan gadis ini.

FOTO: Twitter

FOTO: Twitter

FOTO: Twitter

FOTO: Twitter

Tweet yang mendapat 10.4k retweet dan 10.6k likes ini ternyata berjaya mengundang kesedihan kepada sesiapa yang membacanya. Team Dhia berharap agar gadis ini tabah menghadapi ujian yang dia hadapi.

Korang yang masih mempunyai ayah tu hargailah ayah kita selagi dia masih ada bersama kita. Ayah tiada galang gantinya. Tanpa seorang ayah dalam hidup kita siapalah kita sekarang ini.

Hmmm, rindu ayah.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my