Serious?!

Ayda Jebat bagi ‘hint” lagu baru akan lebih wow!

Oleh  | 

WALAUPUN lebih dikenali sebagai penyanyi yang cenderung melagukan melodi yang berentak pop dan rancak. Ayda Jebat bagaimanapun telah membuktikan bahawa dirinya juga boleh membawakan lagu berentak balada dengan cemerlang.

Mana tidaknya, lagu terbaharunya bertajuk Mana Ada Hati yang menjadi runut bunyi drama rantaian bertajuk Asalkan Dia Bahagia telah mendapat sejuta tontonan di Youtube setelah seminggu dimuat naik!

Teruja dengan berita itu, Ayda bagaimanapun tidak menjangkakan percubaannya akan benar-benar menjadi dan mendapat tempat di hati peminatnya.

“Ini adalah kejayaan yang tak disangka sebab orang boleh terima saya nyanyi lagu balada,”

Sekarang saya tengah siapkan material  untuk album terbaharu dan berharap boleh siap sepenuhnya hujung tahun ini,” katanya ketika ditemui di konsert Hot Fm Big Jam baru-baru ini.

Tidak berhenti setakat ini, Ayda bagaimanapun memberi bayangan tentang projek nyanyiannya akan datang pasti lebih ‘wow!’ daripada biasa. Amboi! Tak sabar betul.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my