Serious?!

Azmeer betulkan salah faham, tak cakap suara Sufian ‘kemek’

Oleh  | 

WALAUPUN sudah beberapa hari Anugerah Juara Lagu 33 melabuhkan tirainya, bahangnya masih lagi diperkatakan peminat industri muzik tanah air.

Ramai yang mempertikaikan keputusan lagu Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi yang tidak dinobatkan sebagai tiga terbaik pada malam berkenaan.

FOTO: TV3 Malaysia

Tular di media sosial sebelum ini kononnya ketua juri AJL iaitu Azmeer atau Mohd Azhar Abu Bakar mengatakan suara Sufian yang kemek tidak melayakkannya untuk menang.

Akibat daripada itu, Azmeer telah menerima kecaman dan hentaman daripada netizen di media sosial.

Tidak cepat melatah dengan keadaan itu, Azmeer tampil membetulkan salah faham dan menegaskan bahawa kenyataan tersebut tidak keluar daripada mulutnya.

Individu yang dimaksudkan Azmeer semasa sidang akhbar yang lalu bukanlah Sufian Suhaimi seperti yang digempar-gempurkan netizen.

 “Waktu sidang akhbar Ahad lalu. Saya bercakap secara umum tanpa menyebut mana-mana nama penyanyi.

“Jika vokal Sufian tidak bagus, bagaimana dia boleh memenangi persembahan terbaik?” katanya seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar hari ini.

FOTO: Instagram Hatta Dolmat

Menerusi lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi telah berjaya membawa pulang trofi Persembahan Terbaik pada malam kemuncak AJL 33.

Kemenangan itu disambut sorak-sorai penonton di stadium dan media sosial dibanjiri beribu-ribu ucapan tahniah daripada netizen.

Persembahan tersebut ternyata mendapat perhatian dan pujian banyak pihak antaranya penyanyi nombor satu negara sendiri iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza.

BACA:  Sufian buktikan cinta tak kesampaian bukan pengakhiran

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my