Serious?!

Azwan Ali didenda RM17,000 akibat hina petugas hospital

Oleh  | 

MENGHINA petugas Hospital Putrajaya yang kini giat mengendalikan wabak COVID-19 pada hari Selasa lalu, seorang selebriti kontroversi, Azwan Ali didendah membayar RM 17,000 oleh Mahkamah Seksyen.

Selain dari itu, Azwan Ali juga telah diperintah oleh Hakim Azura Alwi untuk membayar denda sebnayak RM17,000 dan jika gagal membayar denda berkenaan ia akan dipenjara selama enam bulan.

Mahkamah menasihatkan semua pihak untuk menghormati petugas yang berada ‘front-liner’  bersama-sama menangani wabak COVID-19.

Sebelum itu, Azwan Ali hadir dengan berpakaian hitam menggunakan laman YouTube yang bernama DIVAAATERSOHOR membuat penghantaran dengan menyakitkan hati orang lain dan ditonton di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya pada 24 Mac lalu.

Azwan Ali telah diwakili peguam bela dan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Ammanjeet Singh  membuat rayuan memohon dikenakan hukuman ringan  dengan alasan ia adalah kesalahan pertama selain sudah melakukan permohonan maaf.

Walaubagaimanapun rayuan tersebut dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Radzi Shah Ab Razak dan tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan situasi.

Rabu lalu, Azwan Ali memohon maaf melalui satu rakaman video selama 4 minit dan 16 saat yang dimuat naik pada saluran YouTube miliknya.

Tindakan Hospital Putrajaya  yang membuat laporan polis berhubung dua video yang menjejaskan reputasi hospital itu sendiri.

Video pertama adalah dari akaun YouTube milik seorang selebriti yang bernama Dayangku Intan dan video yang kedua adalah daripada Azwan Ali.

Sumber:Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my