Serious?!

Babi dipaksa terbang! Ramai mengamuk kecam taman tema ini

Oleh  | 

BANYAK aktiviti mencabar diwujudkan di taman tema agar orang ramai boleh melawan rasa takut dan fobia mereka terhadap sesuatu. Contohnya aktiviti bugee jumping yang membolehkan orang ramai melawan rasa takut kepada ketinggian. Tapi lain pula ceritanya dengan apa yang berlaku di taman tema di China apabila bukan sahaja manusia, seekor babi telah dipaksa melakukan aktiviti ini.

Dalam video itu menunjukkan seekor babi dipasangkan tali dan ditolak dari platform dengan ketinggian 223 kaki. Bayangkan! Babi pun mestilah takut. Orang ramai mula berpendapat mungkin ia adalah helah pengurus taman tema itu sebagai teknik pemasaran. Netizen sangat berang dengan tindakan tersebut dan meminta pihak pengurusan untuk memohon maaf kerana melakukan kekejaman terhadap binatang

“Kami mohon maaf dan menerima kritikan serta nasihat netizen. Kami mohon maaf kepada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada orang ramai.

Apa yang lebih menyedihkan ialah kekejaman terhadap binatang bukanlah satu kesalahan dan tidak layak dihukum oleh undang-undang China. Sebab itulah anjing dibakar dan direbus hidup-hidup semasa perayaan tertentu seperti Festival Yulin.

Semoga lepas ini tak adalah cerita penderaan haiwan kita dengar walaupun seekor babi. Tak baik tau buat makhluk ciptaan Tuhan macam itu.

Sumber: Metro.Uk

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my