Inspirasi Dhia

“Baca selawat, tabur garam kasar,” Sukarelawan SAR cerita pengalaman cari mangsa dalam hutan

Oleh  | 

INI bukan kali pertama negara kita digemparkan dengan kejadian orang hilang dan sesat di dalam hutan. Sebabnya mungkin berbeza; hilang semasa mendaki, hilang semasa trail run mahupun hilang semasa bercuti di kawasan hutan bersama keluarga. Namun, kesannya tetap sama. Korang mungkin berdepan dengan kematian atau berdepan dengan keadaan cemas dan melelahkan. 

Selain daripada unit beruniform yang bertanggungjawab dalam operasi Search And Rescue (SAR) mangsa di dalam hutan. Terdapat juga hero lain yang tak didendang iaitu para pendaki yang sudah biasa dengan selok belok belantara turut hadir menghulur tangan untuk memastikan mangsa boleh diselamatkan. 

Team Dhia sempat menghubungi Siti Zaleha A Karim yang lebih mesra disapa sebagai KMoy untuk berkongsi cerita pengalamannya terlibat dalam operasi SAR sejak 2015. 

Ada bermacam pengalaman yang dilalui KMoy sepanjang kerja menyelamat mangsa sesat di dalam hutan. Antaranya yang paling lama dilakukan oleh KMoy ialah membantu merungkai misteri kehilangan Mohammad Ashraf atau Acap di Gopeng, April lalu. 

Dikejar Babi

Kelibat Acap tidak juga muncul. Mereka bergegas menghubungi checkpoint leader mengesahkan dimanakah lelaki bernama Acap. Namun hasilnya masih negatif. Mereka mencari kawasan sekitar, namun hampa. Telefon tidak ada line. Setelah 24 jam hilang, laporan polis telah dilakukan. 

Dengan bantuan Bomba dan malim gunung, KMoy dan rakan-rakannya telah melakukan usaha mencari dan menyelamat sejauh 25 kilometer untuk menjadi Acap. Pencarian penuh cabaran dilalui apabila mereka masing-masing dikejar babi hutan sewaktu operasi. Mereka juga melalui jalan kampung dan cerun yang memungkinkan seseorang terjatuh, cedera atau mati.

Solat hajat, selawat, tabur garam

Bercakap tentang unsur mistik seperti ‘disorok’ atau ‘disembunyikan’ oleh makhluk lain, KMoy tidak menyangkal kewujudan perkara itu. Sebab itulah mereka akan berselawat dan menabur garam kasar yang sinonim dengan gaya perubatan Islam agar memudahkan urusan pencarian. Ibu Acap juga gigih mendaki dan melakukan solat hajat agar anaknya ditemui. 

BACA: Jangan gabra! Lakukan perkara ini untuk elakkan diri tersesat di dalam hutan

Berapa lama manusia boleh hidup dalam hutan?

Ada ura-ura yang mengatakan jika seseorang itu sudah hilang lebih dari 10 hari, maka peluang untuknya hidup amat tipis. Ini jawapan yang diberikan KMoy,

“Manusia boleh hidup lama bergantung bagaimana cara dia survive. Kisah Umai yang hilang di gunung Tahan dan  mampu bertahan 19 hari di dalam hutan adalah contohnya. Seseorang itu boleh bertahan lama jika tidak cedera,”

Pesanan kepada pendaki

KMoy turut berkongsi tips dan pesanan kepada mereka yang ingin mendaki bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini berlaku. 

-Sila lah hire guide gunung yang g bertauliah (contoh malim dari Persatuam Malim Gunung Malaysia) yg memang dah tau selok belok kawasan Gunung tersebut. 

-Berjalan menggunakan buddy system (minimum 3pax).

 -Download apps GPS, peka dengan keadaan sekeliling. 

-Jika nak membuang air, tinggalkan beg di tepi trek kiri jika ke arah kiri, kanan jika ke arah kanan supaya malim tahu masih ada pendaki di kawasan itu.

Apapun, usaha KMoy dan rakan-rakannya patut dipuji. Sekiranya mangsa yang sesat berjaya dijumpai dengan selamat. Sudah tentu mereka juga akan berasa bahagia kerana berjaya menyelamatkan nyawa seseorang. Inilah hero yang sebenar!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my