Dhia Glam

Back to 70s, bas mini comel ini bakal jadi port OOTD gadis semasa?

Oleh  | 

KALAU korang nak tahu, bas mini inilah yang anggkut warga ibukota untuk bergerak ke sana sini pada tahun 1970-an sehingga 1990-an. Bersesak-sesak orang nak naik bas ini sebab murah.

Setelah 21 tahun, kini pihak Rapid KL akan membawa kembali bas comel ini bermula bulan depan. Bas mini percubaan ini akan bermula dari hab Bukit Indah hinggalah ke Ampang Point.

Bas ini boleh membawa 31 penumpang dan akan beroperasi dengan kekerapan waktu setiap 15 minit pada waktu puncak dan 25 minit di luar waktu puncak  bermula dari 5:30 pagi hingga 11:40 malam.

Perkhidmatan percubaan yang dilakukan oleh pihak Rapid KL ini adalah eksperimen untuk tahu adakah perkhidmatan mendapat permintaan dan wajar diteruskan atau tidak. Sekiranya permintaan bertambah, mungkin mereka akan memperluaskan ke laluan lain pula.

Kalau melihat corak dan warna bas mini ini, rasanya bakal menjadi tumpuan para Instafamous untuk ambil gambar berlatarbelakangkan bas mini comel ini. Tapi hati-hati, tunggulah bas ini berhenti dan jangan membahayakan nyawa tau.

Sis teringin nak naik bas mini macam ni lepas tu feeling back to 70’s gitu! Ada sesiapa nak join sis bersiar-siar dengan bas mini? let me now tau.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my