Be-You-Ty

Badan jadi begini kalau banyak minum ‘soft drink’

Oleh  | 

ADUH, cuaca panas-panas terik pasti segar kalau dapat minum kola. Lebih sedap kalau minuman berkarbonat kamu itu diminum dingin. Uish!

Tetapi kamu perlu ingat, minuman berkarbonat atau bersoda mempunyai kadar gula yang sangat tinggi. Minum minuman ini menyebabkan tubuh kamu cepat dehidrasi. Oleh sebab itu, kalau kamu perasan, setiap kali kamu minum soft drink, kamu akan mencari air masak atau ingin minum lebih banyak lagi.

 

Pertama, kamu perlu faham apa kesan minum minuman dengan kandungan gula yang tinggi kepada badan. 10 hingga 15 minit pertama, usus akan menyalurkan gula ke dalam darah dan meningkatkan kadar gula dalam darah. Ini menyebabkan tubuh badan kamu terpaksa berkerja lebih untuk memproses gula tersebut.

Pankreas kamu akan mengeluarkan insulin yang akan membantu membawa gula yang merupakan karbohidrat kepada otot untuk menghasilkan tenaga.

 

Kandungan gula yang tinggi

Tetapi satu fakta yang kamu perlu tahu, soft drink mengandungi jumlah gula yang lebih besar daripada apa yang diperlukan oleh otot kamu. Gula yang terlebih dalam soft drink atau makana-makanan yang bersoda tidak akan disimpan menjadi tenaga dalam otot, sebaliknya tersimpan menjadi lemak di sekitar hati.

Ginjal juga terpaksa berkerja lebih kerana perlu membuang lebihan air gula melalui urin, yang akhirnya menyebabkan tubuh kehilangan air (dehidrasi). Gula dan kafein dalam soda kombinasi yang sangat buruk kepada kesihatan.

via GIPHY

Namun demikian, saranan pakar-pakar pemakanan, minuman berkarbonat bukanlah suatu minuman yang langsung tidak boleh disentuh. Cuma kamu perlu kurangkan kadar komsumsinya.

Minum boleh, tetapi dalam kadar yang berpada-pada dan tidak kerap. Jangan sampai jadi rutin pula!

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my