Fitness

Badan makin besar tapi busy kerja. Macam mana nak kurus ni?

Oleh  | 

BAGI sesetengah orang yang berkerja memang tak ada masa langsung nak beriadah dan exercise . Bila dah kerja, nak jaga makan lagi lah susah betul tak? Bila dah bekerja pula , confirm busy punya. Kalau dah busy sampai nak lunch pun tak sempat. Lastly, menyebabkan makan banyak lepas waktu kerja. Dah lah makan banyak lepas tu pemilihan makanan pun surely ikut cravings . Ish boleh mendatangkan bahaya tu!

Pengawalan lemak agak penting bagi yang nak maintain body shape tu . Ge-girls mestilah particular pasal body ni kan? Tak salah pun untuk maintain bentuk badan dan bagi sesetengah orang tak kisah pun dan selesa dengan diri sendiri. Ikut keyakinan dan keselesaan orang juga kan? Jangan kata sis fat shaming pulak.

Okay sambung pasal diet tadi. Diet ni sebenarnya tak susah  untuk diamalkan. Cuma bila dah start bekerja ni habis tunggang terbalik. Nak cari makanan yang diet tu susah kan? So macam mana nak maintain body shape ni?

Sis ada few tips yang korang boleh amalkan untuk elakkan  daripada badan naik tak tentu pasal.  5 langkah simple untuk maintain body shape.

Pemilihan Makanan

Pilih makanan yang tidak berminyak, tidak terlalu manis, avoid pastries too dan banyakkan pemilihan seperti grilled food. Jangan paksa diri, slowly korang ubat pemilihan makanan ke arah yang lebih sihat okay? Bila dah terbiasa, barulah korang nampak perbezaannya!

No carbo 

Amalkan makanan yang penuh dengan protein dan juga fibre. Kalau boleh kurangkan makan carbohidrated food okay? Kalau kerja berat pastikan makan makanan yang seimbang .

Minum Air Mineral

Pastikan korang minum air yang secukupnya . Dhia pasti ramai yang dah tahu berapa liter sehari kan? so cuba sehabis baik untuk capai okay ? penting ni ! Banyak dah sekarang ni botol-botol air yang ada ukuran  mengikut masa tu kan ? haa boleh beli. Tak pun Here is an a opportunity to be creative, conteng sendiri je dekat botol air korang tu.

No Sugar 

Quiet Ross Geller GIF by Friends

Gula sebenarnya boleh dijumpai dalam kebanyakkan makanan dan minumkan kita yang kita consume tu tau. Dan pengambilan gula yang berlebihan can be deadly! So girls, kalau susah nak cut down sugar, slowly cuba untuk kurangkan kekerapan mengambil makanan atau minuman yang bergula.

Its All About Mindset!

Untuk memastikan yang tips-tips ni semua berkesan, you guys kenalah tukar mindset tu untuk makan benda-benda sihat demi kesihatan tubuh badan juga. Penting untuk korang amalkan diet ni dengan mindset yang betul . Kalau tak, tak jadi tau ? So tukar mindset nak buat ni sebab sihat dan untuk diri sendiri. Bukan setakat nak maintain bentuk badan je okay?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my