Serious?!

Bahaya! 5 tanda batu karang sedang membesar

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy! Ni sis nak tanya korang pernah tak korang menghadapi beberapa tanda-tanda yang pelik tapi tak pasti apa ertinya?

Ha mungkin korang ada batu karang kot? Sis bukanlah nak meminta ya tetapi sekadar untuk memastikan sahaja, bak kata pepatah, lebih baik mencegah daripada merawat kan?

Baiklah, ni sis nak kongsikan dekat korang 5 tanda yang berkemungkinan korang ada batu karang.

Terasa sakit dibahagian sisi, belakang dan perut

Kesakitan ini akan terasa dalam beberapa minit kemudian hilang. Mengikut sumber rasa sakit ini pernah diibaratkan terasa seperti ditikam. Kesakitan ini muncul bertandakan batu yang berada di dalam pinggang itu sedang begerak dalam laluan yang sempit akibat tekanan yang terbina dalam buah pinggang.

Foto:Unsplash

Rasa pedih ketika membuang air kecil

Kesakitan yang dirasai ibarat seperti terbakar di bahagian kemaluan dan ramai yang tersalah anggap dimana menyangkakan ia adalah jangkitan pada salulran pundi kencing, sebenarnya adalah batu karang!

Kerap membuang air kecil

Korang mungkin yang kerap kencing tu boleh menandakan sakit batu karang. Kalau korang jenis yang sering terkejar-kejar ke tandas, tak kira lah siang atau malam, ia boleh menandakan batu karang!

Kencing berdarah

Dikenali sebagai gejala hematuria, ini bererti terdapat batu didalam saluran kencing. Kadang kala darah tersebut berwarna merah, merah jambu atau coklat. Sis nasihatkan silalah cepat membuat pemeriksaan.

Air kencing kabur dan berbau

Air kencing yang jelas dan tidak berbau adalah menandakan air kumuhan dari badan yang sihat. Jika air kencing korang seperti kabur dan mempunyai bau yang busuk, ini bererti tanda jangkitan dalam saluran kencing dan kekaburan boleh menandakan terdapat nanah dalam kencing.

Sis nasihatkan korang untuk pergi buat pemeriksaan doktor yang cepat supaya keadaan yang teruk boleh dielakkan kan.

Sumber:Illuminasi.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my