Serious?!

Bahaya! Masak guna kuali boleh jadi penyebab kanser

Oleh  | 

ATTENTION kaki masak! Sis ada maklumat yang dikongsikan dekat korang tentang memasak. Pernah tak korang dengar peralatan memasak yang korang guna tu boleh memudaratkan kesihatan? Sejauh mana kebenaran itu?

 Sis bukan nak buat cerita tau tapi ini adalah fakta. Seorang Doctor yang bernama Rizal Abu Bakar menyatakan penyebab kanser yang berpunca daripada perkakas masakan yang digunakan adalah disebabkan toksik yang dibebaskan dari peralatan masakan seperti periuk atau kuali.

Ini bukan bermakna korang tak boleh memasak, boleh je, Cuma korang kena pastikan korang memasak menggunakan peralatan yang betul. Jadi, ni sis nak kongsikan dekat korang macam mana nak pilih peralatan memasak yang betul,

Periuk, kuali punca toksik dalam makanan

Kadang-kadang kita memang tak terfikir pun wujudnya toksik dalam makanan yang kita dah masak tu. Siapa sangka toksik boleh wujud daripada kuali atau periuk yang kita guna?  Walapun kita guna cookware yang mahal, kesannya tetap sama, kita didedahkan dengan bahan kimia yang dilepaskan sehingga dapat mengubah hormon dalam badan!

Bahan kimia pada permukaan

Kalau boleh korang elakkan beli peralatan memasak yang non-sticky tu sebab adanya bahan kimia yang bernama PFOA atau perfluorooctanoic acid dan PTFE. Bahan kimia ini merupakan ciptaan yang bertujuan untuk fabrik dan mecegah kekotoran pada karpet. PTFE pula adalah polytetrafluoroethylene, sejenis fluoropolymer yang mengandungi karbon dan fluorine.

Risiko Kanser dari PFOA

Bahan kimia ini berkait rapat dengan gangguan terhadap sistem endokrin  dan bukan itu sahaja. Penyakit yang lain pun mengundang jugak! Gangguan pundi kencing, masalah buah pinggang, kerosakkan hati dan darah tinggi. Ish bahaya.

Amalkan tips ini untuk elakkan daripada risiko tersebut

Nak guna periuk seramik perlulah dengan cara yang betul. So, apa yang korang boleh buat adalah:-

-Panaskan periuk menggunakan api medium

-Pastikan menggunakan minyak masak pada suhu yang tinggi. Jangan sesekali panaskan kuali tanpa minyak!

-Gunakan spatula kayu dan elakkan daripada menggunakan spatula besi dan juga aluminium.

-Buang periuk atau kuali yang sudah tercalar

Sumber:Ohbulan, DrRizal Abu Bakar

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my