D-Life

Bahaya! Patah hati boleh sebabkan kematian?

Oleh  | 

SINDROM patah hati atau takotsubo kardiompyopati adalah keadaan di mana fungsi pam jantung seseorang menurun sementara waktu kerana tekanan emosi. Sindrom ini sebenarnya telah dijumpai sejak tahun 1990, namun masih tak dapat dikenalpasti puncanya.

“Tidak dapat dipastikan puncanya, namun ia dikatakan terjadi akibat daripada kenaikan hormone katekolmain yang naik mendadak,” kata Nicole Harkin yang juga merupakan pembantu profesor klinikal University New York.

via GIPHY

Ketika hormon katekolamin ini meningkat secara tiba-tiba, pam jantung akan menjadi semakin lemah. Gejala yang ditunjukkan ini adalah sama seperti sindrom patah hati dengan gejala serangan jantung termasuklah rasa sakit di dada dan nafas yang pendek.

Perempuan selalu mengalami masalah ini

Sindrom patah hati terjadi akibat daripada beberapa punca antaranya kematian orang terdekat, pergaduhan dan bencana alam.

via GIPHY

“Sindrom ini lebih banyak terjadi kepada perempuan,” kata profesor itu lagi.

Merujuk kepada data yang dikeluarkan Harvard University Medical School, 90 peratus kes terjadi kepada wanita yang berusia 58 hingga 75 tahun.

Namun, dalam banyak kes, mereka yang mengalami sindrom patah hati ini akan sembuh dengan sendirinya. Jantung mereka akan kembali normal dalam beberapa minggu.

Terdapat juga kes yang lebih berat apabila patah hati boleh membuatkan seseorang menemui ajal atau memberi kesan kesan jangka panjang yang negatif kepada jantung.

Sumber: CNN Indonesia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my