Diri Dhia

Bahaya! Tips elak daripada terkena Microsleep ketika memandu

Oleh  | 

HELLO girls! Lately sis ada tengok satu video ni yang menunjukkan sebuah kereta terlibat dengan kemalangan jalanraya bersama sebuah lori. Ish dahsyat betul. Bila sis siasat lagi, rupa-rupanya pemandu tersebut mengaku dia terlelap dalam beberapa saat je guys! Nasib baik tak ada kemalangan jiwa.

 

Haa punyalah bahaya kalau terkena micro-sleep ketika memandu ni. Sis nak pastikan korang tahu pasal micro-sleep ni dan macam mana nak elakkan dari menjadi salah seorang daripada mangsa. Korang yang pandai memandu tu kena ambil tahu pasal ni tau. Penting sangat bagi setiap pemandu, lagi-lagi bila kita ada orang yang tersayang sebagai penumpang.

Apa tu Micro-sleep?

Micro-sleep merupakan satu condition bila korang terlelap atau tertidur dalam beberapa saat tanpa disedari oleh diri sendiri. Individu yang berpotensi untuk experience benda ni adalah orang yang mempunyai masalah tidur, tidak cukup rehat dan individu yang bekerja pada waktu malam.

Benda ni disebabkan body korang fail untuk bagi respon sensory terhadap keadaan sekeliling. As a result, korang automatically fail untuk pay attention dalam keadan sekeliling. Ia terjadi dalam keadaan mata yang terbuka tau! Cuma korang untuk sedar je dan tak alert. Ni lah salah satu akibat insomnia yang paling bahaya! Macam mana nak elak daripada terkena ketika memandu? Meh sini sis bagitahu

Elakkan memandu apabila korang tak boleh nak focus!

Bila korang aware dengan keadaan diri korang tak boleh nak stay alert ketika memandu, tolong elakkan daripada memandu apa-apa kenderaan. Kadang-kadang korang fikir boleh drive tapi your mind and body says differently. So, jangan paksa diri untuk memandu dalam keadaan yang macam ni. So better safe than sorry

Dapatkan tidur yang cukup

Ingat tidur yang cukup tak penting ke? Ha penting tau! Bukan setakat micro-sleep je boleh terkena, penyakit-penyakit lain pun dijemput sekali. So, pastikan korang dapat tidur yang cukup supaya otak boleh beri respon dan berfungsi secara normal. Kadang-kadang tak expect tau nak terkena.

 Memandu dengan teman

Bila korang kena drive ke outstation ke atau nak pergi mana-mana trip ke, kalau boleh make sure korang berteman lah. Supaya, boleh tolong each other untuk elakkan daripada terkena micro-sleep ni dan at least boleh bertukar shift. Kalau kawan yang jenis tak boleh drive pun, at least dia boleh tolong kita untuk stay alert!

Distractkan diri anda 

Pilihan ni kalau dah terpaksa sangat lah nak hadap situasi macam ni, korang distract diri dengan dengar lagu kuat-kuat ke, atau menyanyi ke, kalau nak menjerit pun jerit lah, janji korang alert. Benda boleh prevent kan, so cuba jangan tak cuba!

Take a break

Alright guys, benda ni paling basic la korang kena tahu. Kalau dah tak larat sangat, korang take a nap sekejap sebelum memandu. Nap tak perlu lama pun tau. Paling kurang dalam 20 minit pun dah cukup untuk maintain segar buat sementara. Dapat bantu korang untuk stay alert sementara nak sampai ke destinasi dengan selamatkan? Why not?

Sumber: Tuck

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my