Serious?!

‘Bahenol’ bukan lucah, Si Nopal maafkan PU Azman

Oleh  | 

SIAPA yang tidak kenal dengan siri animasi Si Nopal dari Indonesia yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, keletah watak animasi dan lagu-lagu di dalam kartun itu begitu mencuit hati dan memang buat kita semua tak kering gusi.

FOTO: Instagram Si Nopal

Namun baru-baru ini, tular di media sosial video seorang pendakwah yang juga merupakan bekas peserta rancangan realiti stesen televisyen menegur orang awam agar tidak menyanyikan lagu Berkhemah Bersama Si Nopal yang termuat dalam siri animasi itu.

Menurut pendakwah yang dikenali sebagai PU Azman itu, perkataan Bahenol yang terdapat dalam lagu tersebut membawa maksud lucah iaitu montok atau mengghairahkan.

“Saya sudah membuang video tersebut dan saya menyarankan agar orang ramai tidak menyebut dan mengikuti perkembangan Si Nopal,” katanya dalam sebuah video live di Instagram.

Tidak lama kemudian, PU Azman telah memuat naik video memohon maaf atas kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini. Ternyata perkataan ‘Bahenol’ mempunyai maksud lain yang tidak sempat diteliti olehnya.

Lain tempat, lain maksud bahasanya

Menerusi Instagram Si Nopal, pihaknya ada memuat naik satu kenyataan berhubung maksud ‘Bahenol’ yang kontroversi itu.

FOTO: Instagram Si Nopal

“Banyak yang bertanya apakah maksud ‘Bahenol’ dan ‘hiya hiya’.

Jadi, Bahenol di sini masudnya chubby dan juga nama ayah kepada Si Nopal iaitu Abah Haba atau Bahenol. 

Manakala ‘hiya hiya’ adalah contoh ketawa yang dipopularkan oleh Majelis Lucu di Youtube.”

“Beza bahasa, beza pemahaman,” kata pihak siri animasi lucu itu apabila ada yang mempertikaikan penggunaan perkataan tertentu dalam kartun mereka.

Si Nopal bagaimanapun telah memaafkan segala salah faham yang wujud tentang siri animasi yang dikeluarkannya.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah. Terima kasih Nopal.

A post shared by pu azman (@pu_azman) on

Animasi Nopal berasal daripada komik yang dicipta oleh seorang pemuda Indonesia yang bernama Naufal Faridurrazak.

Kini, karakter Si Nopal telah diangkat sebagai sebuah animasi yang berdurasi kurang dari 10 minit dan tular di media sosial.

BACA: Bikin tular, Ini kompilasi video Si Nopal yang buat korang pecah perut!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my