Serious?!

“Baju kalis peluru tak tahan tembakan,”-AR Badul reda anak meninggal ketika demonstrasi

Oleh  | 

KETIKA ramai yang tertanya-tanya apakah punca kematian Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya sewaktu demonstrasi pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan  Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, AR Badul nampaknya membuka mulut.

Kejadian buruk yang menimpa anaknya itu telah dimaklumkan sekitar jam 11 pagi. Namun, pelakon itu begitu tabah dan reda dengan segala yang terjadi selain menganggap semua ini sebagai ujian daripada Allah.

“Apa yang berlaku kepada arwah adalah dia tertembak ketika menjalankan latihan pagi tadi. Baju kalis peluru yang dipakainya tidak mampu menahan tembakan itu dan ia sangat menyedihkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

AR Badul turut mengakui tugas komando memang selalu berdepan dengan insiden kematian dan memang ajal anaknya meninggal semasa menjalani latihan.

Mohd Zahir meninggalkan seorang balu dan seorang anak  termasuklah dua orang anak daripada perkahwinan terdahulu.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my