D-Life

Bak kata Aman Ra, bangun! Siapa yang asyik duduk lebih risiko kena depresi

Oleh  | 

“Budak flat, bangun! Budak flat, bangun!”

MUNGKIN ada betulnya juga lirik lagu Aman Ra itu. Tapi artikel ini sis tak nak tulis hanya untuk budak yang tinggal depat flat, semua orang kena ambil tahu tentang isu yang sis nak kongsikan kali ini. Kalau korang nak tahu, kalau kita menghabiskan waktu berjam-jam untuk duduk sahaja. Kita berisiko timggi untuk terkena depresi tau.

Kajian yang dilakukan oleh University College London menyatakan remaja yang menghabiskan waktu dengan duduk akan mempunyai risiko terkena depresi bila mencapai usia dewasa. Oleh itu korang kena pastikan korang bangun selama beberapa minit untuk regangkan kaki.

Dalam kajian itu menunjukkan mereka yang melakukan aktiviti ringan secara konsisten mempunyai skor depresi lebih rendah.

Bukan itu sahaja, bersenam juga boleh membantu kesihatan mental. Jadi, berjuang melawan depresi membuatkan kita termotivasi untuk menjadi lebih aktif.

“Mereka yang tidak aktif sepanjang zaman remaja berisiko mendapat depresi pada umur 18 tahun,

Kita kena mendorong kaum mudak untuk bergerak dan tidak hanya duduk untuk memastikan kesihatan mental dan fizikal.

Jumlah orang muda yang menghadapi depresi juga semakin meningkat,” kata Aaron Kandola yang juga merupakan mahasiswa PHD psikiatri yang menjalankan  kajian ini.

Walaupun kajian ini dilakukan kepada golongan remaja. Namun ia menunjukkan apa yang dilakukan hari ini boleh memberi kesan apabila kita semua sudah meningkat dewasa. Maka, sangat penting untuk setiap dari kita bersenam dan melakukan aktiviti bagi memastikan kesihatan.

Jika hari ini kita tidak berusaha untuk mengambil berat tentang kesihatan kita, maka siapa lagi yang akan melakukannya untuk kita. Walaupun sibuk dengan aktiviti seharian, pastikan korang keluar untuk bersenam dengan kawan-kawan tau!

via GIPHY

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my