Serious?!

Bakal berkongsi pentas di Siti Nurhaliza On Tour, siapa Yura Yunita ni?

Oleh  | 

BARU-baru ini team Dhia sempat hadir ke satu sidang media penyanyi dari seberang iaitu Yura Yunita. Mesti ada yang tertanya-tanya siapa Yura Yunita ni? Ada antara korang yang mungkin kurang mengenalinya atau tak kenal langsung. Tapi, kalau korang nak tahu Yura Yunita ini bakal berkongsi pentas di Siti Nurhaliza On Tour yang akan berlangsung pada malam ini tau.

Yura Yunita di Alila Bangsar

Yura Yunita melahirkan keterujaan dia apabila diberi peluang untuk membuat persembahan di konsert Tokti nanti. Penyanyi bersuara lunak yang berasal daripada Bandung Indonesia ini menganggap peluang yang diterimanya bagaikan rezeki terpijak di samping dapat mempromosikan album keduanya yang berjudul Merakit di Malaysia. Bukan calang-calang orang yang mampu nak berkongsi pentas dengan penyanyi no satu Malaysia yang juga merupakan idola kepada Yura sejak dari kecil lagi.

“Saya meminati Siti Nurhaliza sejak dari kecil lagi. Saya amat mengagumi beliau kerana hingga saat ini beliau masih bertahan dalam industri nyanyian kerana bakatnya yang hebat, bukan kerana gosip-gosip sensasi.

“Apabila diberi peluang untuk membuat persembahan di konsert beliau, tentulah saya berasa sangat teruja . Di samping itu saya dapat memperkenalkan lagu-lagu saya kepada peminat-peminat di Malaysia,” katanya.

Sebenarnya pada tahun 2014, Yura pernah ke Malaysia untuk mempromosikan album pertamanya yang berjudul Yura dan dari situlah namanya mula dikenali di Indonesia dan juga Malaysia. Tapi, kali ini Yura menghadiahkan buah tangan baharunya kepada peminat-peminatnya dengan melancarkan album keduanya yang berjudul Merakit.

“Album Merakit merupakan karya yang bermakna kepada saya. Lagu-lagu di dalam album ini menceritakan tentang perjalanan karier saya dan pengalaman yang saya lalui semasa mencipta lagu-lagu yang terdapat dalam album ini,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, Yura juga pernah memenangi Anugerah Penyanyi Solo Wanita Terbaik di AMI Awards pada tahun 2017 dan 2018. Dia merupakan salah seorang daripada 99 wanita inspirasi di Indonesia untuk Globe Asia 2019 Edisi ke-12. No wonderlah dia menjadi opening act untuk konsert malam ni.

FOTO: 8LIGHMENT

Penyanyi yang bersahabat baik dengan Tulus dan Glenn Fredly ini bakal menyanyikan dua buah lagunya yang berjudul Buka Hati dan Cinta dan Rahasia pada pembukaan konsert malam ini. So korang dah ready ke belum malam nanti? Dhia dah siap-siap pakai baju muka Tokti ni.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my