Inspirasi Dhia

Bangun, bangun! Ini Armani ‘dancer’ cilik paling licik sudah mari

Oleh  | 

Alrite korang! Dalam artikel kali ini, team Dhia nak share benda best sikit . Nak tahu apa?

Cuba korang perhatikan betul-betul video ini sewaktu persembahan medly di Anugerah Juara Lagu (AJL)  yang lalu.

Dalam ramai-ramai penari yang mengiringi persembahan mereka, ada seorang budak perempuan yang sangat lincah menari mengalahkan orang dewasa. Memang cool! Kami pun tak ada bakat menari macam dia.

Oleh sebab semua orang dekat office (terutama sekali bos kami) minat dan takjub betul dengan budak perempuan ini. Maka, kami pun sedaya upaya cari siapakah gerangan si lincah ini.

Kowachee si lincah

Lepas dapat contact, kami terus pecut ke studio tarian 2twenty2 Studio untuk bertemu dengan si cilik, Puteri Armani atau lebih mesra dipanggil Kowachee.

Baru berusia 10 tahun, si kecil ini rupanya sudah lama jatuh cinta dengan dunia tarian sejak dia berusia 8 tahun lagi.

“Sebab menari buat Armani happy,” katanya sambil ketawa.

Mengakui ibunya yang banyak memberikan sokongan padu sejak dahulu, Armani tidak pernah rasa terbeban untuk mengimbangi antara pelajaran dan menghadiri kelas tarian pada malam hari.

Pengalaman di pentas AJL

Apabila ditanya apakah persembahan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Armani mengakui menjadi penari untuk pentas sebesar Anugerah Juara Lagu adalah perngalaman berharga dan tidak mungkin dilupakannya.

“Gementar. Sebab tak pernah menari dekat orang seramai itu,” jelasnya ringkas.

Apa yang lebih mengejutkan ialah latihan tarian untuk persembahan AJL itu hanya dilakukan selama empat hari sahaja.

Apabila disoal siapakah individu yang ingin diajak menari bersama. Tanpa ragu-ragu, Armani  terus menyebut satu nama iaitu, Alifgram!

 

View this post on Instagram

 

Go stream my new single #obvious with @itssonaone on @spotify right now 🖤 🌹@spotifyasia

A post shared by ALIF // Magic Potions (@alifgram) on

Menari, ada berani?

Oleh sebab team Dhia suka sangat tunjuk bakat. Kami pun meyakinkan diri untuk menari bersama-sama Kowachee. Namun tada! Hasilnya seperti labu-labi di persisiran pantai. Maka, kami pun mengundurkan diri dan membiarkan Armani menari sendirian kerana ia nampak lebih sempurna.

Kehadiran kami menari di sisi Armani tidak lain dan tidak bukan hanya mencacatkan persembahan seperti ketam yang terkena renjatan elektrik. Disebabkan tarian kami terlalu teruk, maka kami diminta untuk mengisi borang latihan tarian tahap paling rendah.

Tak kisahlah, apapun tahniah Armani! Kami di Dhia berharap kerjaya Armani akan terus bersinar dan kami sebagai kakak-kakak yang baik akan terus menyokong Armani dari belakang, kiri dan kanan. Gitu!

Love, xoxo!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my