DhiaLova

Bangun! Tak elok menyendu lama-lama sebab ‘ex-boyfriend’!

Oleh  | 

Orang kata benda yang paling menyakitkan adalah putus cinta. Lagi sakit bila hubungan yang dibina bertahun-tahun terputus di tengah jalan tak  kesampaian. Tak kira la punca perpisahan tu datang daripada korang ataupun ex ang, korang tetap kena move on dan kuat! Don’t ruin your mascara girls!

Ini fasa yang memang sakit sebenarnya. Time ni memang tiap masa dengar lagu jiwang putus cinta, rasa tak bersemangat nak buat apa-apa. Yang lagi sedih kalau nampak pasangan couple tengah pegang tangan mesti korang trigered tanpa sebab sebabdan automatik akan teringat kenangan korang dengan ex korang. Ye, faham…Untuk move on lepas break up memang perlu ambil masa.

First thing yang korang kena buat adalah stop bersedih! Sebab terlalu ikutkan emosi la korang tak mampu untuk bergerak ke depan. Fikir yang baik-baik untuk kehidupan akan datang okay? Belajar untuk terima kenyataan walaupun pahit. Kena kuat!

So mulai hari ini hentikan semua kesenduan ini girls! Team Dhia nak share dengan korang cara-cara untuk bergerak ke depan tanpa perlu toleh-toleh lagi gitu. Memang kedengaran cliche setiap kali kita sebut tentang move on tapi tak semua orang mampu move on dengan jayanya kan?

1. Stop stalk semua social media ex korang. Takde gunanya pun stalk lagi-lagi kalau ex korang dah ada pengganti pun korang still sibuk ambil tahu lagi. Jangan buang masa girls. banyak lagi perkara lain yang korang boleh buat. Yang penting korang kena utamakan dulu hal yang melibatkan hidup korang. Contohnya family, karier dan kawan-kawan. Terlalu ikutkan hati pun tak kemana uolss

2. Ubah penampilan korang lain daripada biasa.  Tapi jangan berubah sebab nak tunjuk pada ex korang . Fokus pada diri korang. apa yang korang buat pun untuk buat korang jadi lebih better dan yakin dengan diri korang. Kalau ada masa  terluang korang boleh shopping baju baru, buat facial and banyak lagi.

3. Bergaul dan make new friends. Selalunya orang mesti akan suruh cari rebound kalau nak move on. Tak perlu pun sebenarnya. Takkan semudah tu korang bagi hati dekat orang lain kan?   jangan berani cuba-cuba nak rebound relationship ya! Why not kalau pergi keluar, make new friends, and just socialize? Tak payah nak pressure diri cari relationship baru. Remember, don’t be a desperate! Just keep in mind, jangan bersendirian. Nanti asyik terkenang-kenang pulak.

4. Luangkan masa untuk diri sendiri. Manjakan diri kalau bukan diri sendiri siapa lagi nak manjakan?  Go travelling ke, roadtrips dengan kawan ke, or just drive somewhere far and random.  Dhia sarankan korang  keluar buat foodhunting je!  Chatime ke, Cakes, Chicken or whatever lah yang sedap-sedap. Kita kalau makan sedap-sedap kan mana nak ingat dunia betul tak?Bersosial guys jangan jadi lifeless je duduk menangis kat rumah.

So dah takde sebab dah korang nak still sendu. Get a life! Lepas hujan mesti akan ada pelangi macam tu juga la  dengan kehidupan kita. If korang kuat mesti korang akan menang. Good luck!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my