Be-You-Ty

Banyak rupanya kelebihan putih telur untuk penjagaan rambut

Oleh  | 

SELALUNYA kita dengar putih telur berkhasiat untuk mencantikkan kulit dan mesti korang tak pernah dengar yang putih telur ni sebenarnya berfungsi untuk menjaga rambut juga!

Kebanyakkan perempuan berambut panjang memang mudah untuk mempunyai masalah seperti rambut gugur, rambut kering dan bercabang.

Oleh sebab itu, sis nak kongsikan dekat korang macam mana nak guna putih telur ni untuk kekalkan kesihatan rambut korang.

Kelemumur

Sesetengah orang mempunyai kelemumur yang agak teruk dan kalau dilihat sampai boleh nampak kepingan-kepingan tu.

via GIPHY

Campurkan putih telur dengan sedikit lemon, kemudian urutkan pada kulit kepala.

Melembapkan rambut

Bukan sahaja dapat menyelesaikan rambut yang kering, tapi dapat juga melembapkan rambut.

via GIPHY

Cara-caranya, korang urutkan putih telur pada kulit kepala selama beberapa minit dan bilas sehingga bersih.

Rambut tumbuh dengan cepat dan kuat

Kalau korang nak rambut tumbuh dengan cepat dan kuat, korang boleh juga amalkan putih telur ni pada rambut.

via GIPHY

Campurkan putih telur dengan sedikit yogurt dan biarkan ia menjadi pes. Korang urutkan pes tadi tu ke rambut dan biarkan selama 20 minit sebelum mencuci dengan bersih.

Rambut berminyak

Disebabkan cuaca yang tidak menentu, kadangkala menjadi penyumbang kepada rambut yang berminyak dan pada sesetengah orang susah untuk memulihkan rambut yang berminyak tu.

via GIPHY

Jadi korang boleh gunakan putih telur yang sudah dikacau sehingga berbuih. Sapukan pada seluruh kulit kepala dan setelah 30 minit, syampu rambut seperti biasa.

Sis harap tips-tips ni dalam membantu korang selesaikan masalah rambut korang tu dan jangan lupa share dekat kawan-kawan juga!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my