Serious?!

Bapa Aizat Amdan sudah tiada

Oleh  | 

Bapa kepada penyanyi dan komposer Aizat Amdan, Datuk Amdan Mat Din menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.10 pagi tadi.

Berita duka itu dikongsikan Aizat sendiri melalui akaun rasmi media sosialnya.

Menurut Aizat juga, jenazah akan diuruskan di Masjid Kampung Melayu Ampang sebelum dikebumikan selepas zohor.

Sebelum ini, Aizat pernah berkongsi kepada pihak media mengenai keadaan bapanya yang diserang angin ahmar menyebabkannya tidak mampu bercakap dan berjalan.

Tahun lalu, Aizat sempat merakamkan sebuah lagu bertajuk Harapan Jadi Nyata yang diilhamkan daripada sajak yang ditulis ayahnya beberapa tahun lalu.

Team Dhia mengucapkan takziah atas pemergian arwah. Semoga rahmat Allah sentiasa melindungi Aizat sekeluarga.

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my