D-Life

Barang ini paling kerap dicuri penginap dari bilik hotel

Oleh  | 

KEHILANGAN barangan sering berlaku di bilik-bilik hotel oleh tetamu yang datang menginap. Mungkin antara barangan yang terlintas dalam fikiran kamu ialah tuala dan selimut. Tetapi sebenarnya bukan itu sahaja.

Ada lebih banyak lagi barangan yang kerap dicuri penginap daripada bilik hotel. Ada antaranya barangan yang tak terlintas di fikiran kamu pun!

FOTO: Pexels

“Jenis barang yang kerap dicuri pengunjung boleh dilihat daripada jantina tetamu itu sendiri. Kalau tetamu itu perempuan, selalunya barang yang diambil dan dibawa pulang ialah dekorasi seperti sarung bantal, lilin atau lapik meja,” kata seorang sumber jaringan hotel antarabangsa seperti dipetik daripada laman traveller.com.au.

“Bagi lelaki pula, barang yang paling kerap diambil ialah gelas ataupun minuman beralkohol,” tambah sumber berkenaan lagi.

Ada juga barang tidak lazim yang dicuri daripada bilik hotel. Sumber tersebut memaklumkan, ada tetamu yang pernah mencuri seluruh isi mini bar (peti sejuk kecil), penapis air malah wayar elektrik seperti yang terdapat pada televisyen.

FOTO: easymytrip.com

Malah, sumber tersebut juga menceritakan ada tetamu yang memang mencuri terus daripada stor hotel.

Barangan yang paling tidak selalu dibawa pulang tetamu ialah kitab suci (kitab Injil atau Al-Quran) dan selipar bilik. Walhal barangan seperti kitab suci misalnya memang digantikan oleh organsisasi tertentu secara berkala, malah selipar bilik misalnya, sememangnya dibenarkan kepada tetamu untuk dibawa pulang.

“Kini, semakin banyak hotel yang meletakkan tanda sensor pada perabot merea. Penanda ini sangat kecil dan boleh diletakkan pada mana-mana perabot. Jadi jika ada tetamu yang ‘tidak sengaja’ membawa pulang barang ketika daftar keluar, barang tersebut dapat diketahui oleh pihak hotel keberadaannya,” jelas beliau lagi.

 

Sumber:  traveller.com.au

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my