Inspirasi Dhia

Baru 16 tahun dah melahar pemimpin dunia, siapakah gadis berani ini?

Oleh  | 

KALAU diingat-ingat, apakah yang korang buat waktu berumur 16 tahun? Adakah kita sudah mampu untuk mempercayai apa-apa dan memperjuangkan sesuatu? Melainkan kita memang sudah dididik untuk mendekati sesuatu isu dengan mendalam sehingga mempunyai pengetahuan luas untuk berbahas tentangnya. Di zaman teknologi ini, nampaknya perkara itu bukan mustahil lagi.

Ha! Kecoh satu dunia apabila baru-baru ini seorang gadis berusia hanya 16 tahun telah menjadi perhatian semua apabila mengkritik pemimpin dunia. Dia memarahi pemimpin dunia kerana gagal memperjuangkan iklim dunia sewaktu Persidangan Perubahan Iklim Bangsa-Bangsa bersatu. Wow, kan? Ha! Remaja yang dimaksudkan ialah Greta Thunberg.

Kata-kata berani dan lantang remaja 16 tahun itu sudah menjadi perbualan ramai. Ia berbunyi,

“Kalian (pemipin dunia) telah merampas mimpi dan masa kanak-kanak saya dengan ucapan palsu kalian. Setiap ekosistem mula merudum dan orang menderita,”

Idea dari kes tembakan sekolah di Florida

Kalau korang masih ingat dunia pernah digemparkan dengan kes tembakan di SMA Marjory Stoneman Gouglas, Florida menyebabkan 17 orang mati terbunuh. Pembunuhnya pula baru berumur 19 tahun. Mereka yang terselamat dari kejadian tersebut telah membuat satu pergerakan menyeru genjatan senjata.

Pada 2018, Greta baru berumur 15 tahun namun negaranya telah menyaksikan musim panas terparah di Sweden akibat gelombang panas dan kebakaran hutan. Dia telah melakukan protes dan berdiri di depan Riksdag setiap hari dengan memegang poster bertulis (Pergerakan Sekolah untuk Iklim).

Ibu seorang penyanyi

Keluarga Greta ni pula bukanlah ahli politik ke apa. Ibunya iaitu Malena Ernman adalah seorang penyanyi opera yang mahir dalam genre seperti jazz atau kabaret. Dia juga ada menulis buku tentang keluarganya betrajuk Scenes From The Heart. Beliau sangat percaya dengan perjuangan anaknya.

Tak naik flight, pilih naik kapal

Ketika mendapat undangan bercakap di New York, Greta tak naik pesawat sebab sisa pembakarannya boleh merosakkan ekosistem. Jadi Greta pun naiklah kapal yang dilengkapi dengan panel matahari yang tidak menghasilkan karbon. Ia adalah milik Pierre Casiranghi iaitu cucu kepada seorang pelakon Amerika Syarikat.

Terkena sindrom Asperger

Dalam buku yang ditulis ibunya. Greta sebenarnya telah disahkan doktor mengalamai sindrom Asperger. Sebab itulah dia memandnag dunia dengan cara yang lain. Ia bukanlah sesuatu kelemahan dan dia boleh melanjutkan hidup seperti orang biasa.

Tercalon sebagai pemenang anugerah Nobel Perdamaian

Usaha Greta menyeru generasi muda untuk bersamanya memperjuangan iklim telah mencalonkan beliau dalam anugerah Nobel. Ini kerana dia telah membuat media massa memberi tumpuan dalam isu perubahan iklim sekaligus memberi sumbangan besar dalam agenda perdamaian dunia.

Update terbaru, gadis cilik itu kini telah dijemput ke parlimen Sweeden untuk mewakili orang muda bercakap tentang isu alam sekitar. Hebat, kan? Tabik hormat untuk Greta yang berani ni!

Sumber: Instagram Greta

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my