D-Life

Baru dapat gaji? Ini 4 benda yang korang patut buat

Oleh  | 

BAGI seorang pekerja, dapat gaji adalah hari yang paling seronok sekali sebab kita boleh reward diri setelah berhempas pulas bekerja sebulan. Duit gaji itulah yang kita nak gunakan untuk hidup di hari mendatang.

Namun, apa yang tak berapa nak seronok ialah gaji kita macam air mengalir. Tengah bulan sahaja dah kering. Sebenarnya apa yang penting ialah perancangan untuk memastikan korang bijak berbelanja dan tidaklah kebingungan nak cari duit poket bila dah nak sampai di hujung-hujung hari menjelang awal bulan.

Jadi, ini adalah beberapa benda yang korang boleh lakukan sebagai panduan apa nak buat bila dah dapat gaji.

Bersedekah

Ha, korang jangan ingat sis cuba nak berceramah ya. Ala, bersedekah tak semestinya korang kena pergi masjid atau pergi cari rumah anak yatim. Belanja kawan-kawan dan keluarga pun dah dikira sedekah. Makin sayang la mereka dekat korang nanti. Bayar zakat pun sedekah. Jadi, jangan skip.

via GIPHY

Buat saving

Tabungan ini sangat-sangat penting tau. Walaupun korang terpaksa menabung RM100 sebulan. Tak apa. Ini kerana, kita tak tahu apa yang akan jadi di masa mendatang. Kalau ada kecemasan macam syarikat yang kita kerja bermasalah dan kita dibuang kerja, atau keluarga kita dilanda masalah wang. Kita boleh tolong.

Bayar apa yang patut

Bila dah dapat gaji, terus bayar segala komitmen macam rumah, kereta, bil eletrik. Kalau korang jenis yang berhutang dengan kawan, itu pun kena lunaskan tau. Kesian kawan-kawan kita, wang yang kita pinjam itu adalah hak titik peluh mereka juga. Jangan tunggu tengah bulan baru nak bayar.

via GIPHY

Reward diri sendiri

Lepas dah buat beberapa perkara di atas yang sis nyatakan, korang kena peruntukan diri sendiri untuk buat korang bahagia. Tapi ingat, kena ikut bajet la juga. Tak kisah, pergilah belikan diri sendiri baju baru, atau pergi makan di restoran yang sedap sesekali.

Selain itu korang boleh tengok wayang atau pergi jumpa kawan-kawan yang dah lama tak dengar khabar mereka.

via GIPHY

Ingat tau, jangan lebih berbelanja sampai tak sedar wang korang dah semakin habis.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my