Serious?!

Baru hari pertama, berdekah gelak bila Shuib ‘bakar’ Hot FM!

Oleh  | 

HARI ini radio kesayangan ramai iaitu Hot FM buat pertama kalinya menampilkan ahli baru dalam Geng Pagi Hot (GPH) iaitu Shuib menggantikan Ajak Shiro yang meninggalkan konti minggu lalu.

Gandingan Shuib, Fizie dan Shuk ternyata memberi suasana baharu dalam gaya penyampaian GPH. Mana tidaknya, banyak lawak pecah perut yang meletus di dalam konti pagi ini.

 

View this post on Instagram

 

Yeahhh!!! Geng Pagi Hot dah kembali bertiga pagi ni, terimalah @shuk_hotfm @shuibsepahtu dan @fizie_hotfm yang akan ceriakan pagi korang semua bermula 6 hingga 10pagi Selamat Datang @shuibsepahtu 🌹❤️ #GengPagiHot #GelakPecahHabis

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

Lebih mengancam apabila sketsa Hot FM pagi ini memang tak boleh buat orang berhenti gelak. Bertubi-tubi Shuk ‘membahan’ Shuib dengan jenaka lagu Semakin yang menjadi finalis Anugerah Juara Lagu baru-baru ini.

“Dua jam bersama korang rasa macam perkara terindah dalam hidup aku,”kata Shuib disambut gelak tawa Shuk dan Fizie.

Respon positif pendengar

Ternyata hari pertama Shuib di konti Hot FM memberikan respon positif daripada pendengar.

Ini adalah antara komen yang ditinggalkan dari Instagram Hot FM.

Kemunculan Shuib dalam Geng Pagi Hot adalah antara rombakan yang dilakukan sempena usia radio itu yang telah memasuki usia 13 tahun.

Apapun, memang onz la Shuib pagi ini. Tak sabar nak dengar Hot FM untuk menceriakan pagi-pagi kitorang semua!

BACA: Pesanan terakhir Ajak sebelum tinggalkan Hot FM bikin sebak!

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my