Serious?!

Baru kahwin, pengantin ini cerita pengalaman cuak ‘sangkut’ di Wuhan!

Oleh  | 

WUHAN sudah menjadi sangat sunyi macam kota para zombie berikutan penularan Koronavirus. Kita bakal membawa pulang 132 rakyat Malaysia sekiranya mereka disahkan sihat selepas menjalani tapisan keishatan (exit screening) yang ditetapkan kerajaan China di Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe hari ini.

Misi itu akan disertai lapan orang iaitu enam pegawai daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seorang pegawai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan seorang pegawai Kementerian Luar. Pesawat AirAsia dengan 12 krew akan digunakan bagi misi itu.

Tidak hanya Malaysia, negara-negara lain juga turut melakukan usaha untuk membawa pulang warganegara mereka dan keluar dari bandar Wuhan dengan selamat. Antara negara yang  masih menunggu keizinan China ialah Thailand untuk membawa pulang 65 warganya.

Seorang wanita Thailand yang baru sahaja berkahwin menceritakan perasaanya ketika ‘tersangkut’ di Wuhan. Thasripech yang baru sampai ke China dua minggu lalu untuk melangsungkan perkahwinan dengan suaminya yang berasal dari Xiantao yang terletak 200 kilometer dari Wuhan.

BACA:KORONAVIRUS: Keadaan terkini bandar Wuhan, sunyi macam  sarang zombie

“Tak ada yang peduli dengan keadaan kami. Saya boleh mati kelaparan atau terkena jangkitan dan mati,” katanya seperti dilaporkan AFP.

Keadaan itu memang membuat Thasripech takut apalagi dia sedang mengandung 2 bulan.

Tidak hanya Thasripech, seorang mahasiswa kedoktoran Badeephak yang terperangkap di China juga menghadapi nasib yang sama. Bekalan air dan makanan di asrama sudah makin sikit. Dia sendiri tidak tahu bila agaknya dia boleh pulang selain berharap pihak China boleh memberi keizinan kepada Thailand untuk membawa pulang warganya dengan secepat mungkin.

Air Asia bakal menerbangkan pesawatnya sejurus mendapat keizinan kerajaan China. Mereka turut membawa bantuan seperti mask,  sarung tangan, dan makanan.

Marilah kita rakyat Malaysia mendoakan misi ini berjalan lancar dan semua yang dibawa pulang dari Wuhan serta pasukan misi dan krew terlibat selamat.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my