DhiaLova

Baru putus? Ini 5 petanda korang belum ready nak ada relationship baru

Oleh  | 

BARU seminggu berpisah, tapi bekas kekasih korang dah ada pengganti. Pernah juga terdetik dalam hati kalau boleh korang pun nak juga ada seseorang yang boleh hilangkan kesedihan dan bantu korang nak move on kan?

Sebab itulah ada yang cuba buka pintu hati mereka untuk menerima orang baru dan tidak mahu larut dalam kesedihan. Tapi ada juga yang memerlukan masa sebelum benar-benar bersedia untuk menjalinkan hubungan yang baru.

Kalau korang masih mempunyai beberapa petanda yang sis ceritakan ini, ia adalah petanda korang sebenarnya belum bersedia nak menerima orang baru dalam hidup korang.

via GIPHY

Masih bersedih dengan hubungan dulu

Mungkin korang berharap setelah menjalinkan hubungan baru, korang akan lekas melupakan bekas kekasih. Tapi, kalau keadaan korang belum stabil, korang mungkin akan bersedih lebih dalam. Jangan paksa diri korang untuk menerima orang baru. Nanti korang tak akan sayang dia sepenuh hati.

Kurang sabar

Setiap orang ada target tersendiri tentang bila agaknya dia akan kahwin. Target macam ini akan buat korang kurang sabar. Baru sahaja lepas putus, korang pun tak keruan nak cari pengganti. Sabar sis, belum jodoh.

via GIPHY

Hilang keyakinan diri

Setelah putus cinta, seseorang itu pasti mengalami penurunan rasa percaya diri yang agak dasyat. Jadi, korang kena berhati-hati kalau nak membuka hati. Korang kena sayang diri korang dulu supaya orang lain akan lebih menyayangi korang.

Masih terfikir hubungan lalu

Ketika korang bercinta dengan orang baru. Korang masih lagi stalk bekas kekasih. Bukan itu sahaja, korang turut membayangkan segala benda manis yang dia buat kat korang dulu. Itu petanda hati korang belum bersedia ya!

via GIPHY

Sis nak pesan, jangan korbankan perasaan korang untuk menghapuskan kesedihan yang korang rasa. Kesunyian yang korang rasa lepas putus cinta adalah normal. Korang perlu masa untuk menjadi bahagia semula.

Hubungan yang seterusnya mungkin tidak akan menjadi kalau korang sendiri belum sepenuhnya bersedia.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my