Serious?!

Bau ketiak lelaki boleh hilangkan stres? Biar betik!?

Oleh  | 

ADA kajian menunjukkan perempuan mudah terangsang jika terbau keringat di ketiak lelaki. Ada kajian lain juga membuktikan, bau ketiak lelaki mampu mengurangkan stress dalam kalangan wanita.

Wow, seriuslah?

Haa, jangan tak tahu. Sebenarnya peluh lelaki mengandungi gabungan kimia yang boleh menghidupkan mood seseorang perempuan malah dapat membangkitkan nafsu seksnya.

Androstadieone (CORR), sejenis kimia yang berbau kesturi (musky) juga boleh meningkatkan tekanan darah, detak jantung, menyederhanakan pernafasan dan menaikkan hormon stres cortisol ketika hubungan seks.

via GIPHY

Bila disebut musk, tentu kamu terbayang minyak wangi lelaki dalam kepala kamu, kan? Sebenarnya wangian lelaki memang terinspirasi daripada bau peluh lelaki. Ini kerana bau tersebut dapat menarik perhatian perempuan untuk mendekati lelaki.

Dr Claire Wyart, pakar daripada University of California, berkata: “ketika menghidu keringat lelaki, tahap hormon kamu akan meningkat dan menyebabkan berlaku perubahan fisiologi dan psikologi pada wanita.”

 

Menurunkan tahap stress

Dalam satu kajian yang lain di University of Pensylvania, selain dapat menurunkan tahap stress, bau ketiak lelaki juga dapat mengatur peredaran haid dan membantu kamu supaya lebih rileks.

Dalam kajian tersebut, bau ketiak lelaki dan tidak memakai deodorant dikumpulkan dan digunakan sebagai bahan eksperimen dan uji kaji.

Perfume semula jadi ini disapukan pada bibir sekumpulan wanita sekitar 25 hingga 45 tahun. Mereka tidak diberitahu bahawa yang disapukan pada bibir mereka itu peluh daripada ketiak lelaki, sebaliknya mereka diberitahu itu adalah untuk uji kasi terhadap satu aroma minyak wangi yang baru.

via GIPHY

Selepas 6 jam, skala mood wanita tersebut diukur. Mengejutkan, kerana hasil mendapati mood wanita berkenaan sangat bagus berbanding sebelumnya. Ini secara tak langsung mendapati bau peluh ketiak lelaki mampu mengurangkan stres wanita.

 

Sumber:  The Daily Mail

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my