D-Life

Bayar RM100 je korang boleh sewa bilik lawa gila macam hotel ni!

Oleh  | 

SEKALI pandang macam hotel la! Dekorasi cantik, selesa, lepas tu dekat tengah bandar Kuala Lumpur pula tu. Siapa sangka korang boleh duduk dekat bilik macam ni dengan hanya membayar RM100 sebulan. Wow!

via GIPHY

Ini adalah sebuah inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui program micro housing project bagi membantu golongan bujang B40. Kalau korang nak tahu, pihak DBKL telah memulakan projek itu dengan membaik pulih rumah kedai 7 tingkat di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Bagi fasa pertama ini, mereka mempunyai 190 penyewa dan dijangka bakal menempatkan 135 penyewa lagi untuk fasa seterusnya. Fasa kedua itu pula bakal siap pada awal suku pertama tahun 2020.

FOTO: Says

Setiap bilik boleh memuatkan kira-kira 4 hingga enam penyewa. Tapi ada syarat tertentu tau!

-Warganegara Malaysia

-Tidak berkahwin

-Berumur 18-35 tahun

-Pendapatan kurang  RM2,000 sebulan

-Tidak mempunyai rumah

-Tidak mempunyai kereta

-Memiliki kerja

Keutamaan diberikan kepada mereka yang bekerja 5 kilometer daripada penempatan ini.

Kalau korang nak info lebih lanjut boleh layari website mereka di sini dan sini.

 

Sumber: Says

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my