Serious?!

Bayi baru dilahirkan selama 30 jam dijangkiti Coronavirus!

Oleh  | 

SEORANG bayi di China yang baru sahaja dilahirkan dijangkiti coronavirus. Bayi malang itu hanya bebas daripada coronavirus selama 30 jam sahaja selepas dilahirkan.

Disebabkan kes tersebut, ia mencatat rekod bayi tersebut menjadi manusia yang paling muda terjangkit coronavirus.

Rupa-rupanya, ibu kepada bayi tersebut telah di sahkan positif coronavirus namun bagaimana bayi tersebut berjangkit, masih lagi tidak pasti.

Foto:www.dailymail.co.uk

Hal ini sukar untuk dikesan dari mana bayi tersebut dijangkiti kerana baru sahaja dilahirkan. Namun jika bayi tersebut terjangkit selepas beberapa hari dilahirkan, maka ia jelaslah terjangkit daripada pergaulan.

Coronavirus dikatakan telah meragut lebih daripada 500 nyawa dan lebih 28,000 orang telah disahkan positif.  Pakar perubatan di sana menyatakan bayi tersebut mungkin terkena jangkitan dari dalam kandungan sebelum dilahirkan.

Foto:philnews.ph

Hal ini juga berkemungkinan disebabkan ibu kepada bayi tersebut memang disahkan coronavirus sebelum melahirkan bayi tersebut. Ada juga kemungkinan yang disebut dimana bayi tersebut boleh terjangkit akibat berada berdekatan dengan ibu yang melahirkan.

Doktor di hospital tersebut memandang serius akan hal ini dan mungkin itu boleh menjadi satu cara yang baru dalam penyebaran coronavirus.

Setakat ini, pengawalan ketat coronavirus masih lagi dijalankan bagi mengurangkan penyebaran virus tersebut.  Bayi tersebut juga berada didalam pengawasan yang ketat untuk memastikan tiada penyebaran dan dalam percubaan untuk merawatinya.

Sumber:BBC.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my