Be-You-Ty

‘Beauty standard’ yang pelik seluruh dunia

Oleh  | 

BARU-baru ini kecoh apabila salah pengusaha kosmetik terkenal di Malaysia Dato’ Seri Aliff Syukri dikatakan menghina penonton siaran langsung salah sebuah rancangan realiti. Kekecohan tersebut timbul apabila beliau memanggil wanita tersebut “hodoh” kerana berkulit sawo matang dan memakaikan bedak asas (foundation) keluarannya kepada wanita tersebut, di khalayak ramai.

Pelbagai reaksi diberikan netizen kepada isu tersebut, lebih ramai yang mengeji daripada membela. Mana tidaknya, apabila fizikal seseorang dipersendakan, memang melentinglah masyarakat Malaysia!

Ini petanda penting. Ini bermaksud rakyat Malaysia semakin bijak menolak standard kecantikan yang mengakar dalam masyarakat kita. Tak habis-habis anggap putih itu cantik, padahal kulit sawo matang pun cantik juga kan?

Standard kecantikan tersebut memang begitu kukuh dalam masyarakat kita, tetapi tahukah kamu ada beberapa lagi beauty standard aneh yang wujud dalam pelbagai masyarakat di seluruh dunia.

 

Yaeba (gigi taring) di Jepun

FOTO: imgur

Yaeba secara literal bermaksud gigi berlapis. Di Jepun memang wujud amalan mengasah gigi terutama gigi taring secara sementara atau kekal dan amalan tersebut menjadi revolusi di sana. Trend ini dipopularkan oleh kumpulan J-Pop AKB48 untuk menjadikan seseorang wanita cantik (menurut masyarakat di sana).

 

Pembedahan plastik di Korea Selatan

Masyarakat di Korea Selatan dengan pembedahan plastik memang tak dapat dipisahkan. 1 daripada 5 orang Korea menjalani pembedahan plastik kerana pada mereka, idea cantik ialah pada kulit yang putih melepak, hidung mancung, wajah kecil, dan mata bundar. Bahagian yang paling banyak dibedah secara umum ialah mata dan juga hidung.

 

Wanita gempal di Mauritania

Di sebuah negara terpencil di Afrika bernama Mauritania, wanita bertubuh gempal dianggap paling cantik oleh masyarakat di sana. Jika ada wanita yang kurus, lemah dan pucat, dia akan dihantar ke kem gemuk. Dalam kem tersebut, wanita-wanita ini akan dipaksa untuk makan makanan tingggi lemak malah diberikan suntikan dadah untuk meningkatkan selera makan mereka.

 

Kaki teratai di China

FOTO: pinimg

Beauty is pain, bak kata orang. Masyarakat China dahulu menganggap amalan menegecilkan kaki dengan terompah yang dipanggil kaki teratai (lotus feet) akan menjadikan seseorang wanita itu cantik dan menarik. Meskipun amalan ini sudah diharamkan sejak 1940-an, ia masih diamalkan di sesetengah tempat malah kaki yang kecil itu juga menentukan status seseorang wanita tersebut. Makin kecil kakinya maka makin tinggi statusnya.

 

Leher lonjong

Suku kaum Kayan Lahwi di Thailand menganggap wanita dengan leher yang panjang akibat memakai gelang timah yang berat pada leher mereka sebagai cantik. Bagi suku kaum tersebut, leher panjang tersebut melambangkan simbol kecantikan suku kaum tersebut.

Sumber: Diply

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my