Serious?!

“Bella, saya minta maaf. Saya harap jodoh kita bertemu kembali” – Aliff nangis rindu anak, bekas isteri

Oleh  | 

BERIKUTAN penularan video dan gambar Aliff Aziz di laman sosial baru-baru ini. Pelakon itu mengakui sedang menjalani sebuah fasa hidup yang sangat sukar selepas penceraiannya dengan bekas isteri, Bella Astillah pada 16 Mei lalu.

“Selepas bercerai dengan Bella, saya berada dalam satu fasa yang ia bukan diri saya.
Orang ramai pun dah nampak. Saya manusia ada hati dan perasaan. Bila berpisah dengan isteri dan anak, saya rasa kehilangan,” katanya ketika dihubungi Hot FM petang semalam.


Menerusi perkongsian itu juga, penyanyi Hanya Lagu itu juga turut mengakui bahawa dia tersilap langkah dalam pergaulan sehingga menyebabkannya tersasar daripada jalan yang sebenar.

Sudah jatuh ditimpa tangga, Aliff mendedahkan bahawa terdapat pihak yang mengambil kesempatan dan menganiaya dirinya dengan menyebarkan video yang boleh mendatangkan fitnah.

BACA: Apa dah jadi dengan Aliff Aziz?

“Saya dianiaya. Saya berjumpa dengan orang yang salah. Tapi tak apa, orang pandang saya hina. Biar Tuhan yang balas apa yang patut dibalas. Hanya saya sahaja yang tahu apa yang terjadi,” katanya.

Berkali-kali dia teringat akan bekas isterinya yang selalu ada saat jatuh dan bangunnya. Kini, dia terpaksa menjalani semuanya seorang diri. Tidak dapat menahan sebak, Aliff dengan suara bergetar berterus terang tentang kerinduannnya terhadap anak tercinta.

“Bila Tuhan tarik nikmat walaupun sedikit, kita akan terasa. Nasib baik saya masih ada mata, tangan dan telinga. Cuma, saya sepatutnya tunjuk contoh sebagai suami yang baik daripada dulu. Sekarang mungkin terlambat. Tapi mungkin juga tak. Sebab jodoh di tangan Tuhan.

Bella wanita yang tiada pengganti. Dalam fasa susah dan senang. Dia ada. Cuma saya yang angkuh dan tak nampak benda tu dan ambil kesempatan,”

Aliff bagaimanapun sedar bahawa hidup perlu diteruskan. Aliff sedang cuba memperbaiki diri dan berjanji untuk menjadikan episod lalu sebagai pengajaran terbesar dalam hidupnya.

BACA:Ini kronologi kontroversi perangai temberang Aliff Aziz

Team Dhia mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua. Kalau memang berjodoh tidak akan ke mana, In Shaa Allah.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my