DhiaLova

Belum ‘ready’ untuk berkahwin? Ini tips tolak pinangan yang sepatutnya!

Oleh  | 

KORANG pernah dilamar? Mesti best kan? Tapi kalau kita dilamar dengan orang yang kita tak cinta, itu pun boleh jadi masalah juga. Tiba-tiba kawan zaman sekolah yang crush dekat kita hantar pinangan. OMG! Bertenang girls. Dhia percaya semua masalah pasti ada cara penyelesaiannya.

Ha, ini cara-caranya tolak pinangan secara baik untuk sesiapa yang merasakan diri dia bakal berhadapan dengan situasi macam ni. Check em out!

1. Jangan main tarik tali. Korang kena tegas dengan keputusan korang. Walaupun lamaran tu satu perkara yang baik tapi kalau rasa korang tak boleh happy dengan orang yang melamar, jangan biarkan mereka mengharap. Jangan risikokan kebahagiaan korang dan kebahagiaan si dia okey!

2. Kalau sudah dilamar tu make sure korang sit down dan fikir betul-betul. Kalau korang tak ada mutual feeling dengan orang yang melamar tu, korang kenalah cakap. Memang bukan mudah untuk berterus terang tapi perkara ni perlu supaya dua-dua pihak boleh move on.

3. Hormati lamaran tersebut dan tolak dengan penuh hormat juga. Korang kena tahu nak melamar ni perlukan keberanian yang tinggi dan si dia mesti dah buat macam-macam persiapan. So untuk menghormati effort si dia, korang kena tolak dengan penuh hormat. Kalau tak nak tu at least jangan memperlekehkan lamaran mereka. Boleh heartbreak tau!

4. Selalunya orang akan down selepas lamaran mereka ditolak. So sekurang-kurangnya korang bagi kata-kata positif dekat si dia. Kalau boleh jangan hilang macam tu je. Cuba letakkan diri korang kat tempat dia. Mungkin korang perlukan sokongan moral  juga kan?

Via Giphy

Apapun, keputusan dekat tangan korang. Kahwin ni bukan perkara main-main so make sure korang dah betul-betul bersedia sebelum terima pinangan dari sesiapa sahaja. Kalau korang decide untuk tolak, guna cara yang Dhia dah sediakan tadi orait!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my