Serious?!

Belum tayang, filem BTS sudah pecah panggung!

Oleh  | 

ALAMAK, peminat-peminat BTS menggila! Kumpulan K-Pop dari Korea Selatan yang digilai ramai seluruh dunia itu sekali lagi bikin viral di Internet. Mana tidaknya, filem dokumentari konsert mereka, Burn The Stage: The Movie yang bakal ditayangkan 15 November hadapan sudah pun sold out!

Image result for burn the stage movie

Nampaknya netizen atau lebih tepat, peminat BTS yang menggelarkan diri mereka ARMY memang tak berkompromi kalau apa-apa berkenaan BTS. Sebaik sahaja Golden Screen Cinemas (GSC) mengumumkan tiket filem tersebut sudah boleh didapati platform atas talian mereka, berduyun-duyun ARMY menyerang laman web mereka sampai ‘down’!

Atas sebab ini, pihak GSC terpaksa membuat pengumuman di Twitter mereka bahawa laman web mereka tidak berfungsi dan meminta semua pembeli tiket untuk bersabar.

Ramai juga peminat-peminat BTS meminta GSC untuk menambah dewan tayangan. Ada antara lain juga meluahkan rasa hampa mereka di laman Twitter kerana tak sempat nak beli tiket tersebut.

Hasil daripada ‘mogokan’ tersebut, GSC akhirnya memutuskan untuk menambah lokasi tayangan di seluruh Malaysia. Tak sia-sia!

Burn The Stage: The Movie ialah filem sulung BTS merupakan dokumentari perjalanan konsert jelajah kumpulan tersebut ke 19 bandar utama di 40 pentas, beraksi di hadapan lebih 550 000 peminat dalam masa setahun.

GSC merupakan pengedar tunggal yang mendapat konsesi tayangan filem tersebut di Malaysia.

 

Sumber:  Astro Awani

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my