Kolaborasi

Benda-benda korang kena ‘consider’ nak buat sebelum kahwin

Oleh  | 

SIAPA yang tidak menginginkan perkahwinan ala-ala puteri raja dipenuhi dengan kemeriahan dan majlis gilang-gemilang. Sebab itulah ada yang sanggup berhabis beratus ringgit untuk mendapatkan majlis yang meriah dengan pelamin ala-ala balairong seni negara. Baju pula kalau boleh nak gaun bagaikan Cinderella yang akan diperkatakan tujuh keturunan. Itu belum lagu juadah santapan dan kek tujuh tingkat dengan tujuh perisa berbeza! bak kata orang once in a life time.

Tapi kahwin ni bukan sebab nak merasa dirai dan tangkap gambar lawa saja untuk tatapan warga Instagram. Kahwin juga bukan sebab nak lakukan aksi sweet macam selalu ada dalam drama Korea. Ada banyak sebenarnya yang perlu dipertimbangkan sebelum ke gerbang perkahwinan.

Jadi, jom kita semak sikit apa agaknya yang perlu dipertimbangkan sebelum benar-benar bersedia untuk kahwin.

Agak-agaklah kalau nak lepak

via GIPHY

Kalau sebelum kahwin korang jenis yang selalu lepak malam dekat kedai mamak dengan kawan-kawan. Apa kata dekat-dekat nak kahwin ini, korang perbanyakkan masa di rumah. Luangkan masa yang lebih untuk keluarga sebab selepas ini korang akan lagi kurang masa untuk mereka. Lagipula tak manis pula kalau lepak dengan kawan-kawan lelaki sampai 3 pagi kan?

Rajinkan diri ke dapur

via GIPHY

Kalau sebelum ini korang punyalah malas nak ke dapur. Bangun pula dah tengahari. Apakata sebelum nikah ini, berlatih dulu berlincah di dapur. Pastikan diri kamu mahir memasak beberapa lauk. Kalau boleh pastikan setakan nak siang dan basuh ikan, kamu memang sudah power. Belajar juga buat dua atau tiga jenis kuih. Boleh buat untuk minum petang sampai mak mertua pun terkejut dengan kerajinan kamu. dah dapat satu point dekat situ.

Sikap

via GIPHY

Ha! yang ini pun penting. Pastikan sebelum kahwin kamu kena belajar untuk bertoleransi dengan pasangan. Jangan mudah marah. Beri ruang dan peluang untuk memaafkan kesilapan. Janganlah terbiasa bergaduh disebabkan perkara kecil sebab akan banyak lagi cabaran mendatang selepas berkahwin.

Kewangan

via GIPHY

Ha! jangan tahu berangan saja. Kewangan pun penting. Nak lagi di zaman krisis ekonomi ini. Sebab itulah pentingnya mempunyai matlamat bila nak kahwin dan menabung ke arah itu. Kalau tak mampu, kita buatlah apa yang patut ikut kadar kemampuan kita. Ada banyak barang kahwin yang cantik tapi murah asalkan kita tahu nak cari, contohnya kalau lagu kahwin boleh pilih dekat sini.

Macam kad kahwin ini. Fikir-fikirkan dan selamat beramal! gitu.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my