D-Life

Benda boleh cuci buat apa beli ‘handbag’ baru

Oleh  | 

Sis yakin semua wanita yang membawa beg tangan pasti akan mengalami masalah beg tangan kotor. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang suka membawa pen ke sana ke mari. Bila dah bawa pen ni dah tentu-tentu takkan lari daripada kesan dakwat betul tak?

Related image

Foto: fashionjakson

Macam mana ye nak bersihkan kotoran yang terkena pada beg tangan kita? Lebih-lebih lagi kebanyakan beg tangan diperbuat daripada kulit dan kain. Selalunya kotoran seperti ini pasti akan meninggalkan kesan yang kekal pada beg kita. Lepas ni say no more girls. Sis tahu caranya untuk mengatasi masalah ini. Bolehlah korang guna semula beg-beg korang yang kotor tu dan jangan tukar-tukar beg macam tukar boyfriend. Opps!

Korang tahu tak sebenarnya, hairspray boleh digunakan untuk membersihkan beg yang terkena kotoran? Haa, meh sini sis nak cerita. Sebenarnya, hairspray boleh membantu menghilangkan kotoran kekal yang ada di beg kita. Caranya mudah sahaja. Korang spray bahagian yang terkena kotoran dan biarkan selama beberapa minit. Selepas itu lap bahagian itu dengan menggunakan kain ataupun kapas. So far, hasilnya memang memuaskan dan kotoran pun boleh hilang tau!

Image result for hairspray

Foto: Heavy.com

Kalau korang tidak mempunyai hairspray, korang juga boleh gunakan minyak wangi yang mempunyai alkohol untuk menghilangkan kesan kotoran. Caranya sama sahaja seperti menggunakan hairspray. Spray di bahagian kotoran dan biarkan selama bebarapa minit sebelum lap dengan menggunakan kain.

Related image

Foto: Elle

Haa, lepas ni bolehlah korang pakai semula beg-beg yang kotor tu. Jangan membazir girls. Dah-dah lah tu cipta alasan tak boleh hilang gara-gara nak beli baru. Benda boleh cuci buat apa beli kan?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my