DhiaLova

Benda boleh jadi kawan, buat apa nak bermusuh dengan ex?

Oleh  | 

KADANG-KADANG sesetengah orang berpendapat perlu ke nak berkawan dengan ex? kalau dah putus tu putus jelah! Sis tak kata tak berkawan dengan ex tu satu perkara yang tak okay. Cuma, bila sesetengah orang memilih untuk berkawan dengan bekas kekasihnya pun tidak menjadi masalah.

Tapi kalau korang sejenis yang hati tisu, sis sarankan tak perlulah berkawab dengan ex korang. Bukan apa, takut korang belum move on dan keadaan akan bertambah teruk nanti. Sebelum nak berkawan semula dengan ex korang, pastikan korang tahu perkara-perkara di bawah ni!

Pastikan korang dah benar-benar memaafkan ex korang

Sebelum berkawan semula dengan ex korang, pastikan korang dah betul-betul memaafkan ex  dan diri korang sendiri. Make sure perasaan korang dah neutral semula kepada ex korang. Kalau masih ada rasa sakit hati atau rasa belum boleh move on sepenuhnya, sebaiknya janganlah memilih untuk berkawan dahulu.

Takut nanti sebenarnya korang cuma nak dekat dengan ex korang je sebab masih berperasaan dengan menggunakan ‘terms’ kawan. Tak ke menyakitkan hati sendiri namanya?

Jangan buat luahan perasaan pada ex korang lagi

Jangan pernah buat apa-apa luahan perasaan lagi dekat ex lebih-lebih lagi tentang pasangan baru korang. Takut nanti bila selalu meluah tentang perasaan korang akan kembali jadi seperti hubungan yang terdahulu. Sebaiknya boraklah perkara-perkara yang lebih general tentang hidup korang. Tanya tentang hobi atau sebagainya.

Bataskan hubungan korang

Ingat, bila dah namanya berkawan, korang tak bolehlah nak treat ex macam zaman bercinta dahulu. Tak boleh lah nak keluar setiap masa, on the phone dan sebagainya. Kita takkan seintim itu pun bila kita dengan kawan kita kan? Cuba jaga batas korang dan jangan terlalu rapat. Takut nanti salah-seorang akan jatuh hati semula. Sakit tau kalau syok sendiri ni.

Komitmen hanya untuk berkawan sahaja

Ingatkan diri sendiri bahawa hubungan korang dan bekas kekasih hanyalah sebagai sahabat. Treat ex korang sewajarnya seperti korang layan kawan-kawan yang lain. Kalau terfikir untuk get back semula, fikir secara rasional dan matang. Jangan tergopoh membuat keputusan hanya disebabkan perasaan sahaja.

Tak susah pun nak berkawan semula dengan ex kalau masing-masing boleh jadi profesional dan memaafkan antara satu sama lain, tapi kalau rasa belum mampu untuk lupakan kenangan lama bersama  si dia, better jangan berkawan dulu. Tunggu korang betul-betul dah ready nanti okay?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my