Serious?!

Bengang kes curi motor, 2 pelajar ni cipta alat imbas jari hidupkan enjin

Oleh  | 

OLEH sebab dah banyak sangat kes kecurian motor berlaku, dua pelajar tahun akhir Diploma Teknologi Elektronik Kolej Vokasional Bachok nampaknya menghasilkan peranti alat imbasan jari untuk menghidupkan motorsikal.

Pelajar cerdik yang dimaksudkan ialah Wan Amiruddin Wan Amran dan Adeeb Aideen Mat Yusof yang masing-masing berumur 19 tahun. Mereka bersama-sama bersatu untuk menghasilkan projek yang dipanggil sebagai Fingerprint Bike Starter sebagai projek tahun akhir mereka.

Lepas ini tak adalah pencuri yang senang-lenang nak ambil motor mereka sebab enjin motorsikal tersebut hanya boleh dihidupkan mengikut kepada kesepadanan cap jari pemiliknya sahaja.

“Setiap ‘Fingerprint Bike Starter’ boleh menyimpan 127 kod cap jari dalam sistem pemasangan dan hanya pemilik sah yang direkodkan sahaja boleh menghidupkan motosikal sekaligus mengelak kecurian motosikal,” katanya.

Mereka mengambil masa selama enam bulan dan menelan belanja sebanyak RM500. Walaupun begitu, mereka sangat yakin inovasi hasil ciptaan mereka itu boleh dipasarkan secara komersial.

Sehingga kini, mereka dah menerima tempahan sistem keselamatan itu oleh pelajar dan pensyarah kolej tersebut. Tempoh pemasangan pula mengambil masa selama 12 hari. Tahniah! Inilah semangat muda yang kita mahukan.

 

 

 

 

 

 

Sumber: BERNAMA

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my