Serious?!

Berakhirnya episod curang, Aliff dan Bella sah bercerai

Oleh  | 

SETELAH episod demi episod cerita kecurangan penyanyi Aliff Aziz tular di laman sosial. Bella Astillah akhirnya akur dengan kehendak takdir apabila rumahtangga yang dibinanya tidak mampu dipertahankan lagi.

Aliff telah melafazkan cerai talak satu terhadap Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah pada pukul 3:45 petang tadi.

Mahkamah turut meminta Aliff Aziz membayar nafkah kepada anak mereka sebanyak RM 1000 sebulan bermula Mei ini seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Bella turut mendedahkan mereka sudah tidak mempunyai persefahaman dan mengakui tidak tingggal sebumbung lebih dari tiga bulan.

Terdahulu, Aliff Aziz sering terpalit dengan kontroversi membabitkan dirinya dilaporkan curang beberapa kali melalui paparan gambar dan video yang mula tular di laman sosial.

Pembaca Dhia boleh membaca kronologi kontroversi membabitkan artis Singapura itu menerusi link di bawah.

BACA: Ini kronologi kontroversi perangai temberang Aliff Aziz

Semoga Bella dan anaknya, Ayden akan dapat meneruskan hidup dengan lebih bahagia dan tabah mengharungi dugaan ini.

BACA: ‘Finally’, Bella Astillah tekad teruskan hidup tanpa Aliff!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my