Serious?!

Berangkatlah dik…, Nur Dinie meninggalkan kita

Oleh  | 

“Anak saya dah tiada. Innalillahiwainailaihirojiun,” 

Demikianlah pesanan ringkas yang diberikan ayah kepada kanak-kanak malang  Nur Dinie Damia Muhammad Noor yang meninggal dunia disyaki dijangkiti influenza.

Nur Dinie dimasukkan ke ICU HSA sejak empat hari lalu selepas kesihatannya merudum ketika dirawat di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.

“Nur Dinie sebelum ini seorang kanak-kanak yang aktif dan tidak menghidap sebarang penyakit, namun kesihatannya tiba-tiba merudum selepas mengalami demam minggu lalu.

“Hari ketiga demamnya masih tidak kebah menyebabkan saya membawanya ke klinik sebelum dia disahkan dijangkiti Influenza A sebelum dirujuk ke sebuah hospital swasta.

“Keadaan Nur Dinie ketika dirawat di hospital swasta juga tidak menunjukkan perubahan di samping mengalami muntah darah menyebabkan dia kemudiannya dirujuk ke HSA dan dimasukkan ke dalam ICU bagi pemantauan pakar,” kata bapanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia, Aminolhuda Hassan berkata kanak-kanak terbabit turut mengalami pelbagai komplikasi lain bukan hanya Influenza sahaja.

Dhia mengucapkan salam takziah kepada keluarga adik Nur Dinie dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sumber: Harian Metro

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my