Inspirasi Dhia

Berapa ringgit patut diberi kepada ‘Intern’ di Malaysia?

Oleh  | 

Bayangkan korang penat bekerja sama macam orang lain. Kejar dateline, siapkan proposal, balik lambat untuk siapkan projek. Tapi bila awal bulan, semua dekat office akan pergi makan sedap-sedap sedangkan korang hanya duduk di pejabat sebab tak mampu. Duit simpanan cuma bertahan lagi beberapa bulan.

Ada pula yang akan buat kerja sambilan lain untuk tampung perbelajaan mereka sepanjang bergelar intern. Maklumlah, syarikat mereka tidak membayar apa-apa wang sepanjang latihan industri.

via GIPHY

Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq nampaknya semakin agresif memperjuangkan suara anak muda termasukla mewajibkan semua sektor untuk memberi bayaran kepada pelajar di latihan industri.

Syed Saddiq berjanji akan membawa usul ini dalam satu kabinet khas untuk membincangkan isu mengenai anak muda. Ini kerana beliau merasa tidak adil jika anak muda di latihan industri tidak dibayar terutama golongan B40 dan M40.

Bercakap tentang isu ini, team Dhia sempat bertanya mereka yang masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi untuk membincangkan berapakah agaknya jumlah minimum yang wajar diberikan syarikat untuk pelajar latihan industri.

Amalia Athirah yang juga merupakan pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UITM) jurusan Komunikasi Instruktional dan Latihan berpendapat wajar untuk pelajar praktikal dibayar oleh syarikat terbabit.

“Kami bekerja sepertimana staff di organisasi tersebut bekerja juga. Buat kerja yang sama. Tugasan kerja kami sama. Kenapa kami tak dibayar? Pelajar praktikal tak mintak dibayar setimpal dengan gaji staff tapi harapnya nilai yang diberikan logik dengan kudrat, tenaga yang dicurahkan. Ini termasuk dengan pelbagai kos lain iaitu minyak kereta, makan. Bayaran yang saya cadangkan ialah RM500-RM1000,”

Krisha Rina, pelajar tahun akhir Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan kewangan ekonomi juga bersetuju untuk pelajar praktikal dibayar,

FOTO: Instagram Krisha

“Bagi saya pula, elaun praktikal yang diberikan kepada pelajar akan memberi lebih motivasi kerana telah memberikan servis yang terbaik kepada syarikat tempat mereka bekerja. Saya mencadangkan agar mereka diberikan elaun sekitar RM500,”

Manakala menurut pelajar praktikal tahun akhir Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bernama Najmi Shahiran Mamat berpendapat mereka wajar dibayar kerana telah menyumbang kepakaran dan kemahiran tenaga kerja.

FOTO: Instagram Najmi Mamat

“Ada sesetangah sektor menggunakan tenaga kerja mereka ni sama seperti tenaga kerja staff atau pekerja yang lain. Jadi, wajarlah sesebuah sektor tu membayar gaji kepada mereka berdasarkan apa sahaja sistem yang terbaik. Mungkin boleh mengikut bayaran per jam atau mungkin boleh mengikut bayaran per nilai weight age kerja yang dibuat. Cadangan saya bayaran boleh ikut standard bulanan contohnya RM350 sebulan,” katanya.

Demikianlah buah fikir kawan-kawan kita di kampus. Dengan adanya elaun praktikal nanti, maka dapatlah mengurangkan beban adik-adik kita untuk ke tempat kerja. Kepada mereka yang harus menyewa pula, dapatlah mereka membayar harga sewa bilik agar mudah mereka ke tempat praktikal. Jadi anak muda, apa kata korang semua?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my