DhiaLova

Bercinta dengan duda? Make sure korang tahu 3 benda ni dulu!

Oleh  | 

KITA sememangnya tak boleh tahu siapakah jodoh kita yang sebenar. Boleh jadi orang di depan mata yang masih bujang. Boleh jadi juga seorang duda yang kita baru kenal secara tak sengaja. Tak salah mencintai seorang duda apalagi kalau korang merasakan masa lalu seseorang itu tidak penting untuk dibahaskan.

Namun, dalam pemilihan jodoh, wajib untuk korang lihat personaliti dan karakter yang ada dalam diri seseorang itu. Carilah seseorang yang mempunyai sifat melindungi.

Dalam soal bercinta dengan duda yang baru lepas bercerai ni pula macam mana ya? Tak ada masalah. Berikut adalah tiga sifat wajib yang mesti ada dalam dirinya untuk korang serius dalam perhubungan. Jom baca apakah sifat itu.

Menangani penceraian dengan baik

Kalau korang bercakap tentang penceraian, cuba korang tengok reaksinya. Adakah dia bersifat agresif, adil atau manipulatif? Kalau dia masih boleh berkolaborasi dan bertolak-ansur, ketahuilah bahawa ia sikap yang baik.

Ayah yang baik atau tak

Wajib untuk korang kenali personaliti lelaki itu. Jika dia mempunyai anak, korang kena tengok apakah dia seorang ayah yang baik kepada anaknya? Jika dia memperkenalkan korang  kepada anaknya, ia menunjukkan yang dia sangat sensitif terhadap anaknya. Bukan itu sahaja, ia juga adalah tanda hubungan korang dan anaknya selalu menjadi keutamaan di masa depan.

Cara bercakap tentang bekas isteri

Lihatlah juga cara dia bercakap tentang bekas isterinya. Jika dia menggambarkan keputusan untuk bercerai dengan bekas isteri untuk kebaikan bersama. Ia adalah petanda yang baik. Lihatlah betul-betul bagaimana caranya bertindak dalam mengendalikan situasi untuk memastikan bahawa dia boleh menjadi ketua keluarga yang baik.

Apapun, mohonlah petunjuk Tuhan dan mintalah pendapat mereka yang rapat dengan lelaki itu. Kalau betul jodoh, hati korang akan cenderung untuk memilihnya. Bujang atau duda bukan perkara besar asalkan dia boleh membawa kita ke alam rumah tangga yang bahagia, cukuplah.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my