DhiaLova

Bercinta dengan lelaki berumur sebenarnya okay ke tak okay?

Oleh  | 

ZAMAN sekarang ni bukan sesuatu yang pelik apabila kita melihat wanita muda memilih untuk  berpasangan dengan lelaki yang lebih tua daripada mereka. Mungkin banyak faktor yang boleh membuatkan wanita muda lebih cenderung untuk berpasangan dengan lelaki yang berusia. Nak tahu sebabnya? Check it out! 

Stabil

Lelaki yang berumur biasanya lebih stabil dari segi kewangan dan kehidupan berbanding lelaki muda. Pada peringkat umur yang sudah berusia, pastinya seseorang lelaki itu mempunyai karier yang baik, simpnan wang yang cukup dan keyakinan diri yang tinggi. Malah, keseimbangan hormon lelaki berusia juga menjadikan mereka seorang yang penyayang dan bijak mengawal pasangannya.

Mempunyai pesona tersendiri

Ternyata pesona lelaki berusia dan lelaki muda ada bezanya. Kebanyakan wanita tidak menyukai lelaki yang berfikiran kolot da terlalu spontan. Selalunya lelaki berusia akan bertindak sederhana dalam setiap perbuatan mereka dan hal ini  menjadikan mereka dilihat sebagai seorang yang gentleman di mata wanita. Kan?

Memperlakukan wanita dengan baik

Lelaki berusia kebanyakan lebih memahami kehendak wanita berbanding lelaki muda. Mereka tahu cara untuk melayan kehendak wanita dan lebih sensitif dalam memahami dan memenuhi kehendak wanita. Mereka juga mampu memberi respon yang diinginkan oleh wanita setiap kali diajukan soalan seperti “awak sayang saya tak?” ataupun “kemanakah arah perhubungan kita ni?”

Tahu apa yang mereka mahukan dan tidak takut untuk meluahkannya

Lelaki yang berusia sentiasa serius dalam melakukan sesuatu dalam hidup mereka. Mereka tahu apa yang mereka inginkan terhadap wanita dan jujur untuk memberitahu tanpa berbelit. Lelaki berusia tahu cara untuk menegur perempuan dengan baik tanpa mengguris perasaan wanita itu. Bukan ke ini ciri idaman setiap wanita?

Lebih bijaksana

Korang sokong tak kalau sis katakan lelaki berusia lebih bijak dan dewasa dalam mengendalikan wanita? Inilah kenyataannya. Wanita lebih sukakan lelaki yang sentiasa menjaga dan membetulkan mereka dengan cara yang baik. Dengan pengalaman hidup yang lebih banyak berbanding orang muda, tidak hairanlah lelaki berusia kebanyakan dilihat sebagai seseorang yang bijak dan menjadi idaman setiap wanita.

So korang pula macam mana? Suka lelaki yang sebaya atau lebih berusia? Tapi itu bukan ukurannya. Apa yang penting seseorang itu perlulah jujur dan setia dalam perhubungan. Barulah boleh bahagia. Mana yang single tu rasa-rasa nak pilih lelaki berusia tak? Tapi jangan pilih suami orang pulak. Awas ye!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my