DhiaLova

Bercinta ‘on-off’ undang masalah mental?

Oleh  | 

BERCINTA, gaduh, kemudian berpisah. Kemudian kembali bersama namun gaduh dan berpisah lagi. Seperti terperangkap dalam bulatan perhubungan yang tidak sihat, namun semua ini kedengaran biasa bagi kamu.

Tahukah anda hubungan “on, off” ini sebenarnya boleh menyumbang kepada masalah kesihatan mental?

Menurut Independent, University of Missouri, Columbia telah menjalankan kajian yang melibatkan 500 orang yang memiliki kekasih. Daripada jumlah tersebut, 60 daripada  mereka memiliki hubungan “on, off” ini.

via GIPHY

Jika hendak dibandingkan mereka yang mempunyai hubungan percintaan yang stabil. Mereka yang berada dalam drama ‘putus sambung’ ini  memiliki risiko  mengalami tekanan psikologi yang lebih besar seperti depresi dan kecemasan.

Hubungan tidak stabil ini dikaitkan dengan beberapa faktor. Antaranya ialah kurang komitmen terhadap hubungan yang dibina dan komunikasi  buruk sesama pasangan.

Manakala perpisahan pula berlaku lantaran daripada perdebatan akibat perbezaan atau salah seolah berlaku curang. Namun apa yang rumit ialah kedua-duanya masih saling tertarik terhadap diri masing-masing.

 

via GIPHY

Berada dalam hubungan yang selalu membuatkan kamu cemburu bukanlah sesuatu hal yang baik. Anda akan berada dalam situasi cemas dan memikirkan apakah lagi cara untuk memenangi hati kekasih anda agar dia setia. Jika situasi ini berterusan, ia boleh menyebabkan depresi.

Menurut pakar psikologi Madeleine Manson pula, hubungan putus dan sambung ini sebenarnya terjadi kerana pada asasnya kedua-dua pasangan ini tidak boleh bersama lagi.

Maka, adalah penting untuk mengingatkan diri kita mengapa sesuatu hubungan itu berakhir  setiap kali kamu membuat pertimbangan untuk kembali kepada bekas kekasih kamu.

Kamu digalakkan untuk membincangkan secara serius tentang punca yang menyebabkan hubungan kamu menjadi retak sebelum memutuskan untuk kembali bersamanya semula.

Sumber: Palembangtribunnews

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my