DhiaLova

Berdebar temu janji pertama, ini soalan kamu boleh bualkan dengan dia!

Oleh  | 

PERTAMA kali bertemu muka. Berdebar-debar hati terasa!

Ewah, bukan main teruja lagi temu janji dengan si dia untuk kali pertama. Tak tenang dibuatnya. Semua benda rasa tak keruan. Dari malam tadi asyik memikirkan apalah agaknya yang hendak dibualkan dengannya. Kamu pula jenis orang yang introvert dan malu-malu.

via GIPHY

Jangan risau! Apa kata kamu cuba tanyakan beberapa soalan ini untuk memulakan perbualan agar tak terlalu awkward nanti.

Ini adalah beberapa senarai soalan yang dicadangkan para terapis dan ahli psikologi setelah mengumpulkan pelbagai cerita dan pengalaman pasangan bercinta. Mari kita lihat apakah soalan itu dan cuba bersama-sama!

Apakah perkara terakhir yang awak bualkan bersama ibu awak?

Melalui soalan ini kamu dapat mengetahui apakah nilai yang dipegang oleh si dia. Kamu dapat mengetahui adakah dia seorang yang mementingkan keluarga ataupun tidak. Ini kerana persamaan  nilai yang dipegang oleh seseorang adalah jauh lebih penting berbanding persamaan terhadap perkara lain seperti hobi, makanan atau filem kesukaan.

via GIPHY

 Kalau awak boleh jumpa seseorang yang sudah tiada, agaknya apa nasihat yang awak akan minta kepadanya?

Daripada soalan ini, kamu dapat lihat bagaimana kekasih kamu berfikir dan menggunakan imaginasinya. Selain itu, kamu juga boleh mengetahui siapakah yang menjadi idola kekasih kamu. Berdasarkan nasihat yang diingininya juga, kamu boleh menilai apakah visi dan misi yang ingin dimiliki kekasih kamu dalam hidupnya.

Kalau awak ada kuasa yang boleh buat hidup jadi sempurna, agak-agak awak nak kehidupan yang macam mana?

Ini adalah soalan yang selalu diajukan ahli terapi untuk membuatkan pelanggan mereka menyatakan masalah yang sedang dihadapi dengan cara berbeza. Cara ini juga dapat mencungkil apakah harapan dan impian yang dipendam oleh seseorang. Jika kamu seorang gadis bandar tetapi kekasih kamu impikan untuk tinggal di sebuah kampung yang tidak mempunyai internet. Nampaknya, kamu perlu bersedia menguruskan keinginan yang berbeza ini.

Apa benda paling memalukan yang awak lakukan baru-baru ini?

via GIPHY

Soalan ini dapat menonjolkan sisi humor yang ada dalam diri si dia. Kamu dapat lihat bagaimana dia merendah hati bercerita sisi dirinya yang berbeza. Kemudian kamu berdua akan ketawa bersama-sama memikirkan kebodohan masing-masing. Indah bukan?

Kalau tiba-tiba ada orang beri 20 juta dalam akaun bank awak, apa yang awak nak lakukan dengan semua duit itu?

Melalui soalan ini, secara tidak langsung kamu dapat mengetahui sama ada seseorang itu pemurah, bertimbang rasa atau sebaliknya.

Sumber: The Huffpost

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my