DhiaLova

Berdua lebih baik? Duh, ‘single’ lagi best kot!

Oleh  | 

BANYAK kali kita dengar, yang single selalu gelisah belum ada pasangan. Yang dah ada pasangan pula, selalu merungut, kan bagus kalau single. Eh, kenapa macam tu pula kan?

Ini memang perkara biasa. Sesiapa sahaja yang lama berpasangan, sudah tentu dalam diam merasakan berkeseorangan lebih baik. Memang seronok ada pasangan di sebelah yang boleh kita kongsi semuanya, tetapi menjadi single juga tidaklah sendu sangat. Banyak juga kelebihannya.

 

Boleh travel sesuka hati

via GIPHY

Bayangkan kamu mahu ambil peluang mengembara secara solo; pergi Bangkok dengan kereta api, menjelajah seluruh Asia Tenggara atau merentas Eropah – tetapi kamu ada pasangan (yang sudah tentu tak benarkan kamu mengembara sendiri). Tetapi masalahnya ini, tidak timbul kepada mereka yang single! Mereka yang single punya kebebasan untuk pergi ke mana sahaja yang mereka mahu.

 

Dapat jimatkan banyak masa

Mempunyai pasangan memang menuntut banyak masa daripada kamu. Mana tidaknya, nak kena dating lagi, nak kena ambil masa untuk berbalas mesej lagi. Ada sesetengah orang memang memerlukan komunikasi yang berterusan dengan pasangan dalam satu hari, kalau tidak hati tak tenang. Tetapi orang yang single, sentiasa menikmati masa produktifnya sendiri selain dapat jimatkan banyak masa.

 

Boleh berkawan-kawan tanpa rasa curiga

 

Apabila kita tiada teman istimewa, masa kita akan lebih banyak tertumpu kepada keluarga dan (terutamanya) kawan-kawan. Berapa ramai BFF kamu yang sudah ada teman lelaki atau sudah berkeluarga yang masih stay in touch dengan kamu? Tak ramai, bukan? Banyak keputusan besar dalam hidup memang perlukan banyak komitmen lain. Jika kamu tidak bersedia untuk melepaskan kawan-kawan dalam hidup kamu, makan kamu patut kekal single.

 

Boleh flirt tanpa rasa bersalah

Akui sahaja, sama ada kamu ‘single’ atau ada pasangan, sesiapa sahaja kadang-kadang mesti pernah flirt. Tiada yang salah tentangnya asalkan kamu single dan membawa kepada peringkat perasaan yang seterusnya. Tetapi bayangkan jika itu yang berlaku jika kamu berpasangan, pasti huru hara jadinya. Jadi, kalau kamu seorang yang flirty, lebih baik single sahaja!

 

Boleh jimat duit!

Tidak dapat disangkal lagi, selain masa dan tenaga, kamu juga kadang-kadang perlu habiskan wang ringgit jika kamu berpasangan. Mana tidaknya, nak kena beli hadiah, belanja makan lagi kalau dating (yalah, takkan mahu harapkan teman lelaki kamu bayarkan sepanjang masa kan?).

Jadi jika kamu single, secara tak langsung dapatlah kamu berjimat, dan dapat gunakan duit tersebut untuk diri kamu sendiri seperti pergi ke spa, membeli-belah atau food-hunting. Jangan tak tahu, Superdeals ada tawaran istimewa potongan kaw kaw untuk kamu yang single (atau perasan single). Klik di sini!

 

 

Sumber:  LifeHack

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my