Dhia Glam

“Berfesyen tak salah, asalkan kena pandai” – Sherry Al-Hadad

Oleh  | 

NAMA Sherry Al-Hadad tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Terkenal dengan keletahnya yang happy go lucky dan berkeyakinan tinggi, memang patutlah wajahnya sering muncul di kaca televisyen sebagai seorang pelakon dan pengacara yang berkaliber.

Sherry yang ditemui di acara Fashion Show Mek Kembang Cotton Raya 2019 di Ampang Glass House baru-baru ini tampil anggun berkebaya kelabu sebagai pengacara majlis dalam acara itu. Team Dhia sempat menemu bual Sherry dan bertanyakan pandangannya tentang keyakinan yang dia perolehi  dalam berfesyen. Bagaimana Sherry mendapat keyakinan yang tinggi untuk tampil berfesyen walaupun mempunyai tubuh badan yang besar? Mari kita dengar apa tips trendy dia.

Thank you mama @jijiezainal make up kan adik ching ching kata dia.. 😂😂

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on

“Sejak dari kecil lagi saya suka menonton rancangan yang berunsur fesyen. Namun pada ketika itu baju-baju untuk gadis bertubuh besar agak terhad dan selalunya direka hanya untuk pakaian ke pejabat sahaja,”

“Apa yang saya lakukan adalah saya akan mix and match pakaian saya supaya saya tampil cantik dan selesa. Pada waktu itu saya tidak terfikir pun untuk menjadi bold dalam berfesyen. Saya hanya memakai pakaian yang saya suka asalkan dapat menutup lemak yang ada pada badan saya,” katanya berseloroh.

Foto: Instagram Sherry

Menurut Sherry lagi, gadis-gadis mempunyai tubuh badan plus size perlu membuang stigma bahawa orang berbadan besar tidak semestinya perlu berpakaian bewarna hitam untuk kelihatan kurus.

“Wanita bertubuh besar pada hari ini perlu membuang stigma bahawa tidak semestinya perlu memakai pakaian berwarna hitam sahaja untuk kelihatan kurus. Sebaliknya pakai apa sahaja yang kita selesa dan yakin,”

“Namun, dalam berfesyen tetap ada rules and regulation. Pastikan pemilihan motif corak pakaian kita sesuai dengan tubuh badan kita. Sebagai contoh, untuk gadis bertubuh besar seperti saya, perlulah memilih corak berbunga kecil atau corak yang menegak untuk kelihatan kurus,” ujar Sherry lagi.

Foto: Instagram Sherry

Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Binti Syed Abdullah Al Hadad, 35 menambah lagi, apa yang penting untuk tampil berfesyen adalah perlu percaya pada diri sendiri untuk memakai sesuatu. Dari situlah keyakinan diri kita akan dibina. Sebolehnya elakkan diri dari memakai sesuatu yang boleh memalukan diri kita.

“Berfesyen tak salah, asalkan kena pandai,” katanya menutup perbualan.

Foto: Instagram Sherry

Come on girls dah 2019 dah ni sampai bila nak ada rasa kurang yakin untuk berfesyen? Kalau tak sampai bila-bila lah kita akan ketinggalan kat belakang betul tak? Its time to stand out macam kakak Sherry kita ni!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my