DhiaLova

Bergaduh dengan si dia? Ni langkah untuk korang !

Oleh  | 

DALAM relationship mana yang tak ada pergaduhan kan? Mesti ada punya lah. So lepas gaduh tu mesti korang selalu rasa macam awkward? Korang pun puas la fikir macam mana nak settle balik macam biasa. Bila dah overthinking, mulalah mendesak partner.

Nah! 5 langkah ringkas untuk korang amalkan supaya hubungan korang tu semakin baik.

Biar Keadaan Reda 

Girls, janganlah tembak partner korang tu dengan soalan-soalan yang boleh menambahkan bara api. Apa kata korang biarkan dulu keadaan reda. So chill dulu. Pegi la ambil angin kat pantai ke, have fun dengan kawan-kawan ke atau buat sesuatu yang mengembirakan korang. Itu yang penting.

Bagi Ruang

Korang kena bagi ruang dekat partner. Bukan bagi ruang literally! But bagi ruangan untuk berfikir . Tak perlu beriya bagi text panjang lebar atau mendesak dengan call! Jadi jangan risau okay ? Bagi space sikit untuk korang dua dua fikir apa yang patut dibuat.

Kalau Marah, Diam!

Kalau korang tengah bergaduh and keadaan dah mula nak nampak tak terkawal, tolong buat keputusan bijak untuk diam! Kita ni sebagai manusia akan lebih terdorong nak cakap benda-benda yang menyakitkan hati. bak kata perpatah telajak perahu boleh undur, telajak kata badan binasa. Jangan ingat berdiam diri bererti kalah atau takut. Sebenarnya korang letak ego ke tepi dan jadi lebih dewasa!

Be The Bigger Person.

 

Manusia ni kalau nak tengok true colors, adalah melalui beberapa keadaan yang dihadapi. Dalam marah adalah salah satunya. Kadang-kadang bila korang mengalah, korang akan lebih dihormati dan hubungan jadi lebih rapat. Dah baik tu jangan lupa say sorry. Happy ending sangatkan.

Setiap masalah pasti ada jalan. Jangan cepat sangat give up girlsRemember what have you guys go through!

 

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my